Video -Detik-detik Ahli Akrobatik Jatuh Daripada Ketinggian 10 Meter


CHINA-Setiap pekerjaan di dunia ini mempunyai risiko, termasuk bekerja sebagai seorang ahli akrobatik.

Seperti yang dialami oleh ahli akrobatik yang berasal China ini.

Pemain lelaki itu telah mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba jatuh dari batang buluh yang berketinggian 10 meter semasa pertunjukan itu berlangsung di Jiangjin, wilayah Chongqing, barat daya China.

Lelaki yang berpakaian seperti 'raja kera' ini telah telah mengalami kemalangan ketika melakukan aksi tendangan basikal di udara.

Kakinya tergelincir semasa mahu memijak permukaan buluh tersebut,sejurus kejadian itu mangsa telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami luka ringan akibat dari peristiwa itu.

Menurut laporan dari Dailymail.co.uk,mangsa menerima empat jahitan di bahagian atas matanya.

Menerusi rakaman video,pemain itu kelihatan terjatuh dalam kedudukan terbalik selepas tali yang bergulung dibahagian kakinya terlepas.

Lelaki yang duduk di bawah tiang tersebut merupakan pembantu mangsa bergegas menyelamatkan sahabatnya itu.

Kelihatan juga para penonton menjerit ketakutan selepas menyaksikan pertunjukkan itu manakala krew akrobatik yang lain bergegas membantu mangsa berdiri dan berjalan di luar arena persembahan.

Pertunjukkan itu diadakan semperna meraikan Festival Perahi Naga di negara tersebut.

Raja Monkey (raja monyet) atau Sun Wukong adalah watak fiksyen legenda yang dipaparkan dalam novel klasik Cina pada abad ke-16 yang berjudul Journey to the West.Editor-Sofia Kirana