Skip to main content

Uruguay Tunjuk Ronaldo Jalan Pulang.


Aksi peringkat 16 terakhir Piala Dunia Edinson Cavani membantu Uruguay menewaskan juara Eropah, Portugal 2-1 menyaksikan Uruguay menempah aksi suku akhir menentang Perancis

Menurut laporan Berita Harian Online, kemenangan itu menyaksikan penghantaran pulang Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo yang tampil dengan prestasi mengecewakan.

Cavani meletakkan Uruguay di depan seawal minit ketujuh apabila bijak memperdaya pertahanan Portugal dengan melonjak tinggi bagi menanduk masuk hantaran rakan serangannya, Luis Suarez.

Ketinggalan 0-1 ketika rehat, Portugal bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain pertahanan Pepe juga menerusi tandukan pada minit ke-55. Ia gol pertama yang dilepaskan Uruguay setakat ini pada Piala Dunia Russia 2018.

Namun Uruguay kembali di depan tujuh minit kemudian apabila hantaran Rodrigo Bentancur bijak disambar Cavani yang melepaskan rembatan lencong menarik untuk menewaskan Rui Patricio buat kali kedua selain gol terakhir perlawanan.

Ronaldo dalam pada itu gagal menambah empat gol yang dijaringkan di Russia pada dua perlawanan awal dengan rekodnya buntu mencetak gol pada aksi kalah mati Piala Dunia berlarutan kepada enam perlawanan.

Peluang terbaik penyerang Real Madrid itu untuk meledak gol tiba selepas setengah jam tetapi sepakan percumanya dari jarak 30 meter sekadar menggegar palang.

Bagi Uruguay, satu-satunya perkara yang membimbangkan pengendalinya Oscar Tabarez adalah apabila Cavani terpaksa dikeluarkan pada lewat perlawanan sekali gus mencetus kegelisahan sama ada dia dapat diturunkan ketika bertemu Perancis.

Sebelum ini Portugal mara ke pusingan 16 terakhir Piala Dunia walaupun terikat 1-1 dengan Iran dalam aksi terakhir Kumpulan B selepas Cristiano Ronaldo gagal menyudahkan sepakan penalti.

Juara Eropah itu yang hanya memerlukan keputusan seri untuk layak, mendahului menerusi jaringan Ricardo Quaresma pada minit ke-45.

Ronaldo mendapat peluang untuk menjarakkan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-51, tetapi penjaga gol Iran, Alireza Beiranvand berjaya menyelamatkan sepakan bintang Real Madrid itu.

Karim Ansarifard menyamakan kedudukan buat Iran pada masa kecederaan menerusi sepakan penalti yang diberikan selepas pengadil melihat semula rakaman video.

Bagaimanapun, Portugal menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan kedua dan berkongsi lima mata dengan pasukan tangga teratas, Sepanyol yang terikat 2-2 berdepan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...