Skip to main content

Umno Dan PAS Tak Perlu Bergabung, Umno Mampu Jadi Pembangkang Yang Berwibawa.


Khairy Jamaluddin menolak cadangan supaya Umno dan Barisan Nasional bergabung dengan PAS secara rasmi.

Ketua Pemuda Umno berkata Umno dan Barisan Nasional mampu menjadi pembangkang yang berwibawa dan tidak membangkang secara membuta tuli.

Sebelum ini Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini berkata kedua-dua parti itu perlu bergabung pemikiran dan tenaga untuk mewujudkan satu blok baru yang kuat.

Menurut Khairy dia tidak setuju bergabung secara rasmi, kita akan berkerjasama dan lihat isu bukan sahaja PAS tapi mana-mana parti termasuk dalam kerajaan.

Menurutnya lagi "Sekarang Malaysia baru, dan kita lihat kepada isu. BN tidak akan jadi pembangkang yang hanya nak bangkang sahaja," katanya, ketika sidang media di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata, walaupun Umno dan PAS mempunyai kaedah politik berbeza, kedua-duanya mempunyai persamaan dalam memperjuangkan hak Melayu dan Islam.

Tajuddinberkata gabungan itu diyakini boleh memberi cabaran besar kepada kerajaan Pakatan Harapan dan penyokongnya yang sejak akhir-akhir ini mula berani menyuarakan desakan yang didakwanya sebagai menghina.

Sementara itu, Khairy menafikan dakwaan BN kini masih berbulan madu ekoran kekalahan teruk pada PRU14.

“Kita bukan 'honeymoon' tetapi kerajaan (Pakatan Harapan) yang tengah 'honeymoon', kita tak 'honeymoon'.

“Kita sedang rangka strategi, penstrukturan dan pemilihan parti, kalau cakap banyak semua hentam kita, tetapi itu bukan bermaksud kita tak jadi pembangkang wibawa,” katanya.

Pemuda Umno hari ini mempersoalkan penubuhan Tabung Harapan Malaysia oleh kerajaan pada Rabu.

Ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata ini kerana kenyataan kerajaan bahawa penubuhannya bagi mengurangkan beban hutang negara yang terlalu tinggi tidak memberi gambaran yang menyeluruh.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada majlis berbuka puasa bersama barisan kepimpinan Pemuda Umno seluruh negara di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada 30 Mei lalu, kerajaan mengumumkan penubuhan dana khas yang dikenali sebagai Tabung Harapan Malaysia bagi membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi menyelesaikan hutang negara. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...