Taktik 7 Lelaki Balut Badan Guna 'Aluminium Foil' Akhirnya Tumpas


ISTANBUL- Gara-gara tidak mahu dikesan melalui mesin imbsan X-ray sebelum menaiki pesawat,tujuh orang pendatang warga Iraq nekad membalut tubuh mereka menggunakan aluminium foil lalu bersembunyi di dalam sebuah kontena.

Malangnya,taktik tersebut tidak berjaya membuahkan hasil apabila kesemua mereka berjaya ditahan ekoran cuba menyeludup masuk ke Turki melalui pelabuhan Pendik di Istanbul.

Melalui laporan yang diterima,pihak kastam Turki telah menahan kontena yang dibawa menaiki lori ini selepas imabsan X-ray menunjukkan terdapat imej seperti manusia di dalamnya.

Bagaimanapun,selepas pemeriksaan dilakukan,pihak kastam juga mendapati berat kontena berkenaan lebih dari apa yang dinyatakan.Didalam kontena tersebut mengandungi alat gantian kereta yang telah diimport dari luar negara.

Akibat curiga dengan keadaan itu,pihak berkuasa melakukan pemeriksaan dengan membuka kontena berkenaan.Hasil pemeriksaan pihak berkuasa berjaya menahan tujuh orang lelaki dalam keadaan tubuh mereka dibaluti oleh aluminium foil.

Selepas disoal siasat,ketujhuh-tujuh mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan turut mengakui masuk ke negara Turki secara haram.