Skip to main content

Selepas Sarawak, Kini Giliran Parti Gerakan Keluar Dari Barisan Nasional


Selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama 3 parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak meninggalkan gabungan itu untuk membentuk pakatan baru dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kini giliran Gerakan menjadi parti terbaru memutuskan untuk meninggalkan gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan kekalahan mengejutkan pada pilihan raya umum bulan lalu.

Ia diumumkan oleh Naib Presiden parti itu, Dominic Lau selepas mesyuarat jawatankuasa pusat hari ini, yang berkata keputusan "sebulat suara" itu dicapai mengikut kehendak akar umbi parti.

"Salah satu keputusan yang telah kita buat ialah kita sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan Barisan Nasional. Sebab utama (untuk meninggalkan BN) adalah kerana ini adalah suara akar umbi, pendapat akar umbi dan juga kehendak akar umbi.

"Oleh itu, semasa mesyuarat jawatankuasa pusat parti, kita berbincang dan (kita) memutuskan untuk mendengarkan (kehendak) akar umbi. Sebab itulah kami memutuskan untuk meninggalkan Barisan," kata Lau kepada Malaysiakini di ibu pejabat Gerakan di Cheras hari ini.

Bagaimanapun Lau berkata ia bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dicapai oleh kepimpinan parti itu.

"Ini adalah satu keputusan yang sukar untuk dibuat, ini adalah mesyuarat jawatankuasa pusat kedua/ Dalam mesyuarat pertama kita mempunyai dua pendapat, ada yang merasakan bahawa kita harus keluar, ada yang merasakan kita harus kekal. Dalam mesyuarat ini kita semua memutuskan untuk meninggalkan Barisan," katanya

Beliau menambah bahawa satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Sebelum ini Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Openg ketika membuat pengumuman itu berkata, 3 lagi parti komponen BN adalah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) keluar dari Barisan Nasional.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...