Skip to main content

Saya Terima Hati Terbuka Keputusan BN Sarawak


Umno dan parti komponen BN yang lain tidak seharusnya berkecil hati dengan pembubaran BN Sarawak, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda Umno dan BN itu berkata beliau menerima dengan hati terbuka keputusan empat parti Sarawak itu untuk meninggalkan BN dan membentuk pakatan sendiri, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Walaupun keputusan itu bermakna BN Sarawak yang telah dibina selama lebih setengah abad ini telah berakhir, saya memahami kenapa rakan-rakan kita di Sarawak terpaksa mengambil keputusan tersebut.

"Keputusan empat parti itu untuk keluar dari BN juga memberi impak yang besar dalam kita merangka struktur dan rupa bentuk baharu Umno dan hubungan kita dengan rakan komponen BN di semenanjung dan Sabah.

“Saya berharap, perbincangan ini akan dibuat berlandaskan senario baharu politik Malaysia di mana kita sedia bekerjasama dengan rakan-rakan di Sarawak walaupun jika mereka tidak kembali menyertai BN secara rasmi di masa hadapan,” katanya.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Abang Openg hari ini mengumumkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) meninggalkan BN.

Dalam kenyataannya, Khairy menyeru rakan-rakan dalam komponen BN - MCA, MIC dan Gerakan - agar tidak berkecil hati dengan keputusan rakan-rakan mereka di Sarawak.

“Hari ini melambangkan permulaan hubungan politik baharu di antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak dan ia mesti dibina atas pemahaman dan penghayatan sebenar Perjanjian Malaysia 1963 yang perlu kita terus hormati untuk kebaikan rakyat Malaysia khususnya di Sarawak dan Sabah,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...