Skip to main content

Projek Kereta Nasional Baharu Idea Tidak Relevan - Khairy Jamaluddin


Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal memulakan sebuah lagi projek kereta nasional.

Menurut laporan Astro AWANI, Cadangan kerajaan untuk mencipta jenama kereta nasional baharu disifatkan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, sebagai satu idea yang tidak relevan pada masa kini.

Menurut beliau dalam akaun Facebooknya, projek kereta tersebut memerlukan belanja kerajaan yang besar selain tidak mesra alam.

“Apabila projek pengangkutan awam seperti MRT3 dibatalkan, pengumuman projek kereta nasional yang baharu adalah satu langkah regresif dan terkebelakang.

“Projek kereta berkenaan dilihat tidak mesra alam dari segi pelepasan karbon dioksida selain bakal menelan belanja besar kepada kerajaan yang sepatutnya disalurkan kepada pembangunan projek pengangkutan awam,” katanya.

Selain itu, Ketua Pemuda UMNO turut berkata kerajaan sebelum ini sudah memberi dana yang banyak bagi memudahkan urusan pembelian kereta oleh rakyat.

“Sejak 1984, kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan kewangan merangkumi pinjaman mudah serta geran berjumlah RM15.3 billion kepada Proton.

“Projek kereta nasional seperti ini juga akan menambah kos kepada rakyat melalui duti eksais.

“Ia boleh mencecah sehingga 105% yang membebankan pengguna yang ingin membeli kereta jenama lain selain dari kereta nasional,” jelasnya lagi.

Bagaimanapun, Khairy berharap kerajaan hari ini meletakkan keutamaan kepada penambahbaikan sistem pengangkutan awam yang lebih menjimatkan kos.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bakal lancar projek kereta nasional ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia ke-24 di Tokyo pada 11 Jun lalu.

Ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa Masa Depan Asia (Persidangan Nikkei) ke-24 di Tokyo, Jepun pagi tadi, beliau berkata projek berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama beberapa negara di rantau ini.

"Kami berharap untuk memulakan sebuah lagi projek kereta nasional dengan bantuan rakan-rakan dari negara-negara Asia seperti Thailand, Jepun, Korea dan China memandangkan wujud kemampuan untuk mengeluarkan kereta yang berkualiti yang boleh dipasarkan di seluruh dunia. Kami mahu memasuki pasaran dunia," katanya.

Dr Mahathir juga menyatakan Proton yang diilhamkannya pada 1983 bukan lagi sebuah pengeluar kereta nasional memandangkan ia sudah dijual kepada Geely, sebuah syarikat automotif dari China. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut