Skip to main content

Polis Indonesia Bantu Kita Tangkap Jamal.


Polis sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia supaya bekerjasama bagi membantu dan mengesan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, yang dipercayai melarikan diri ke negara itu.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab soalan pemberita pada sidang media hari ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan Polis Indonesia bagi menjejak Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dikatakan melarikan diri ke negara republik itu.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara ini telah dimaklumkan ke pihak berkuasa Indonesia agar membantu PDRM menyelesaikan perkara ini.

“Kalau boleh hari ini hendak tangkap beliau (Jamal), tapi soal proses dan prosedur itu mesti

Muhyiddin berkata demikian selepas membuat lawatan rasmi di Bukit Aman bagi membincangkan tentang aspek keselamatan negara dengan menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di setiap jabatan bagi menentukan keberkesanan PDRM itu sendiri selain menekankan aspek integriti.

Jumaat lalu, Jabatan Imigresen Malaysia akan mengenakan tindakan kepada Jamal dan Musa sekiranya dua pemimpin itu meninggalkan negara melalui laluan tidak sah.

Malah, Musa dan Jamal juga telah disenarai hitam untuk ke luar negara.

Selain itu, beberapa hari lalu, seorang pengguna laman sosial Facebook mendakwa melihat kelibat Musa di Stesen Keretapi St Pancras International, London. Dia turut memuat naik video berdurasi 10 saat, yang turut menjadi tular.

Musa dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan ugutan jenayah. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...