Skip to main content

Peminat Rugi RM 6,000, Izzue Dituduh Menipu Jual Telekung.


Baru-baru ini kita dikejutkan oleh satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai seorang penyanyi serta pelakon yang dituduh telah menipu duit peminatnya sehingga mencecah ribuan ringgit.

Izzue dikatakan telah menipu duit peminatnya melalui penjualan telekung yang dilakukan olehnya sejak Ramadhan yang lalu.

Apa yang lebih mengejutkannya adalah kesemua peminat yang ditipunya itu adalah berasal daripada negara jiran iaitu Indonesia.

Mereka mendakwa telah ditipu lebih daripada 20 juta rupiah (RM6,000) oleh Izzue selepas telekung yang di tempah oleh mereka tidak sampai kepada mereka.

Menurut laporan Astro Gempak, Izzue ketika ditemui memberitahu bahawa pada mulanya beliau juga terkejut apabila seorang demi seorang mula 'direct message' di akaun Instagram (IG) miliknya menuntut telekung yang telah dibeli daripadanya.

"Apa yang peliknya, mereka semua berasal dari Indonesia.

"Sehinggakan ada yang sanggup merayu meminta agar saya pulangkan duit mereka kerana telah rugi sehingga 20 juta rupiah," kata Izzue.

Namun selepas disiasat rupanya mereka telah membuat pembelian tersebut di akaun facebook (fb) palsu yang telah menggunakan nama Lizzue Izzue Lislam.

Izzue juga turut menegaskan bahawa dia tidak pernah menjalankan sebarang perniagaan menjual telekung seperti yang telah didakwa oleh mangsa-mangsa penipuan tersebut.

Izzue juga turut telah mendedahkan mesej-mesej yang dikirimkan oleh mereka yang menuntut telekung serta wang dikembalikan menerusi IG story miliknya.

Walaubagaimanapun saya tidak akan mendiamkan diri dan akan membuat laporan polis di sini serta di Indonesia juga mengenai kes ini bagi membersihkan nama saya semula.

Ini kerana saya telah dituduh sebagai penipu dan peminat juga sudah mula mempercayai tuduhan yang sememangnya tidak benar sama sekali.

Saya akan membuat laporan polis supaya tidak ada lagi yang akan tertipu dengan individu terbabit malah saya telah pun mendapat nama dan nombor kad pengenalan individu yang menipu dengan menggunakan nama saya.






Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...