Skip to main content

Pasangan Suami Isteri Pelik Kenapa Pegawai Polis Berdiri Ditengah Jalan Raya Waktu Hujan,Rupa-rupanya Dia...


Maryland-Sesemasa sepasang suami isteri yang dikenali sebagai Carolyn B. R. Hammett memandu di kawasan berhampiran dengan rumahnya di Greenbelt, Maryland pasangan ini terlihat seorang pegawai polis berdiri di dalam hujan.

Selalunya kita sering mengaitkan pegawai polis adalah seorang yang tegas dan akan berlaku kasar terhadap si pesalah bukan.Tidak semua anggota polis sedemikian rupa.

Pegawai itu berdiri di tengah jalan, dan dia tersenyum ketika pasangan ini memandangnya.

Pada mulanya, Carolyn B. R. Hammett terkejut dengan reaksi luar biasa pegawai itu untuk bermandian hujan ditengah jalan raya.

Dia juga menganggap bahawa pegawai yang berada di sana untuk memberitahu pemandu lain bahawa jalan raya telah dinaiki air, tetapi dia salah.


Hammett memutuskan untuk memberhentikan keretanya untuk melihat jika ada apa-apa yang dapat mereka bantu, sebaik sahaja keluar dari kereta suaminya berlari dan melindungi polis dari dibasahi hujan dengan menggunakan payung.


Sebenarnya pegawai polis itu berdiri didalam hujan adalah untuk menyelamatkan seekor kura-kura yang sedang melintas jalan raya.

Disebabkan bimbang kura-kura itu akan dilanggar oleh kenderaan yang lain,dia bertindak berdiri ditengah jalan raya.

Selepas dimaklumkan oleh pegawai polis itu,Hammett bergegas ke rumah untuk mendapatkan semula dua penyodok, dan menggunakannya untuk mengangkat kura-kura ke tempat yang selamat.


Bagaimanapun, pegawai itu telah menerima anugerah Pegawai Polis Greenbelt untuk Tahun ini sebagai seorang anggota yang baik hati dan pelindung kepada orang awam di kawasan kejiranan tersebut bukan sahaja orang awam yang dilindungi malah haiwan juga.

Semoga usaha beliau akan memberi inspirasi kepada orang awam kelak bagi melindungi sesama hidupan yang bernyawa.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...