Skip to main content

Najib Tak Tahu Dari Mana Datang Duit Untuk Beli Barang Kemas Rosmah.


Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak tahu dari sama dana diperolehi untuk membiayai pembelian barangan kemas isterinya Rosmah Mansor.

"Saya tak tahu dari mana sebenarnya sumber untuk mendanai semua ini," kata anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu dalam temu bual bersama Reuters.

Sebelum itu Najib yang juga bekas perdana menteri ditanya mengenai barang kemas - termasuk set berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta - diyakini pihak berkuasa AS dibeli Jho Low menggunakan dana 1MDB dan diberikan kepada Rosmah.

Najib juga menjelaskan bagaimana Rosmah memberitahunya bahawa beliau tidak menerima hadiah barang kemas yang dijanjikan kepadanya.

"Apa yang saya tahu ialah, apabila saya bertanya kepada isteri saya, dia berkata misalnya dia sepatutnya mendapat satu hadiah tetapi dia tidak pernah menerimanya," kata Najib dipetik Reuters.

Najib yang menjadi perdana menteri pertama BN kehilangan kuasa kepada pembangkang sebelum itu ditemu bual secara eksklusif oleh agensi berita antarabangsa itu di Langkawi, Kedah.

Najib dan Rosmah berada di pulau peranginan itu - yang menghantar Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dihantar ke Putrajaya - untuk bercuti.

Sejurus selepas BN tumbang dan kehilangan kuasa kepada Pakatan Harapan, pasangan terbabit bercadang bercuti ke luar negara namun hajat berkenaan tidak kesampaian apabila Jabatan Imigresen menyenarai hitam nama mereka daripada meninggalkan Malaysia.

Selain barang kemas untuk Rosmah Jabatan Kehakiman AS percaya dana 1MDB digunakan untuk membiayai pembikinan filem terbitan anak Rosmah hasil perkahwinan terdahulunya, Riza Aziz.

Satu daripada filem terbitan syarikat Riza ialah The Wolf of Wall Street.

Najib memberitahu Reuters, sumber dana itu sedang disiasat namun beliau enggan memberikan penjelasan lebih lanjut.

"Saya juga ingin menyatakan bahawa Riza melakuannya dengan sangat baik.... filem-filem itu, jualan pecah panggung mencecah lebih AS$800 juta

"Jadi ia bukan berkaitan salah guna. Ia melibatkan keuntungan, tetapi sumber dana itu tertakluk kepada siasatan. Saya fikir kita biarkan ia begitu," katanya lagi.

Anak perdana menteri kedua Malaysia itu juga mempertahankan tindakannya berdiam diri dalam isu 1MDB semasa menduduki Putrajaya.

"Semua benda ini berlaku di luar Malaysia.

"Terdapat beberapa soal antarabangsa jika saya katakan sesuatu, kerana saya akan menamakan individu-individu tertentu yang mungkin mempengaruhi hubungan diplomatik dengan mereka.

"Atas asalan itu saya mengelak daripada bercakap mengenainya," kata Najib. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...