Skip to main content

Najib Bagi Kontrak RM1.25b Kepada Syarikat Yang Dimilik Ahli Politik BN


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari 2017 menganugerahkan kontrak secara terus dengan melantik sebuah syarikat untuk projek hibrid solar di 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Pendedahan ini ditemukan dalam dokumen yang dilihat oleh Malaysiakini yang juga menunjukkan tender kontrak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan proses perolehan Kementerian Pelajaran.

Sumber rapat dengan kerajaan memberitahu Malaysiakini bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula meneliti projek hibrid solar RM1.25 bilion di Sarawak yang dianugerahkan pada Januari 2017 oleh kementerian pendidikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan seorang ahli politik tempatan.

Syarikat itu terlibat dalam perniagaan sewa kereta dan dimiliki oleh ketua timbalan bahagian yang dikaitkan dengan parti pemerintah di Sarawak.

Malaysiakini difahamkan PMO menerima dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes itu pada 1 Jun lalu. SPRM dan Kementerian Pendidikan kemudiannya memulakan siasatan terhadap perkara itu juga.

Pada 8 Jun lalu, Dr Mahathir turut menyentuh projek hibrid solar ini dalam satu sidang akhbar di Putrajaya.

"Ada sebuah syarikat yang sepatutnya membekalkan tenaga elektrik ke sekolah dan peruntukan lebih daripada satu bilion diberikan kepada syarikat ini. Syarikat ini tidak melakukan apa-apa tetapi mereka telah mengutip wang dari kerajaan.

"Tidak ada apa-apa yang dilakukan di atas tanah, tiada satu perkara yang dibuat, kami akan mengambil tindakan terhadap organisasi seperti ini," katanya.

Ketika dihubungi Malaysiakini, jurucakap Menteri Pelajaran mengesahkan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi mengenai isu ini.

Kementerian pendidikan telah melantik syarikat dari Sarawak itu pada Januari 2017 untuk membekalkan diesel, memasang sistem hibrid solar dan membekalkan janakuasa elektrik untuk 369 sekolah luar bandar.

Dalam dokumen bertarikh 5 Januari 2017, Najib menulis nota mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk menyediakan surat perjanjian dan pemberian kontrak secara langsung kepada syarikat itu.

Pengecualian prosedur standard

Pada 19 Mac dan 22 April 2017, Najib mengarahkan bekas ketua setiausaha Kementerian Pelajaran untuk meluluskan bayaran awal sebanyak RM130 juta atau 9.81 peratus daripada jumlah nilai projek bernilai RM1.25 bilion.

Kemudian pada 19 Julai 2017, bekas menteri pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid juga menulis kepada Najib untuk memohon pengecualian dari prosedur perolehan projek itu.

Melalui setiausaha peribadinya, Najib mengarahkan setiausaha bahagian perolehan Kementerian Kewangan untuk memberikan pengecualian daripada prosedur perolehan standard kepada syarikat itu.

Kemudian pada 30 Mac tahun ini, Jabatan Perolehan dan Pengurusan Aset Kementerian Pendidikan menghantar sepucuk surat kepada syarikat untuk menuntut penjelasan sebab-sebab ketiadaan kerja-kerja yang telah dibuat pada tahun lepas semenjak kontrak itu dianugerahkan pada tahun 2017.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi syarikat berkenaan bagi mendapatkan pengesahan. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...