Skip to main content

Masa Bersedih Sudah Berlalu, Saya Tawar Diri Sebagai Ketua Umno Pekan.


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan, kata Najib dalam catatan di Facebook miliknya.

Saya juga banyak menerima kunjungan pemimpin dan ahli Umno dari seluruh negara, penyokong dan sahabat, yang menziarahi saya di rumah untuk bertanyakan khabar, memberi sokongan dan minta pandangan tentang kedudukan semasa. 

Boleh dikatakan tak putus-putus mereka yang datang ke rumah, terima kasih.

Selain itu, saya juga dalam proses untuk membuka satu pejabat untuk menjalankan urusan peribadi serta memudahkan mereka yang ingin bertemu saya. 

Saya juga akan terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam siasatan terhadap saya, yang sebenarnya bersifat dendam politik. Setakat ini, saya telah dua kali memberi keterangan kepada SPRM.

Waktu sekarang ini adalah masa yang cukup bernilai untuk saya bersama keluarga, terutamanya anak-anak dan cucu saya kerana saya terlalu sibuk dengan urusan negara selama ini.

Dari segi kebajikan, saya akan terus menyampaikan bantuan zakat kepada kumpulan asnaf, walaupun lebih bersederhana berbanding dahulu apabila ada banyak sumbangan daripada agensi-agensi Kerajaan.

Saya dan keluarga akan menyambut Hari Raya di Pekan.

Kepada ahli-ahli Umno, teruskan perjuangan parti keramat ini. Sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN saya bertanggungjawab atas kekalahan kita dalam PRU 14.

Kita kena bangkit dan masa untuk bersedih telah berlalu. Kita mesti ambil iktibar, kuatkan iltizam dan perbaiki kelemahan serta kuatkan Umno, agar kita dapat kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno.

Oleh itu, ahli Umno hendaklah kuatkan semangat, perkukuhkan ketahanan diri untuk terus menyuburkan dan memulihkan Umno.

Ini kerana Umno telah banyak berjasa dan sinonim dengan pelbagai kejayaan negara kita.

Bagi diri saya pula, saya akan terus memimpin Umno Pekan dan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Ketua Bahagian Umno Pekan.

Insya-Allah, kita akan tabah menghadapi dugaan yang amat hebat dari Allah SWT, semoga Allah SWT merahmati perjuangan kita.

Walaupun berundur di peringkat pusat, bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tetap akan mempertahankan jawatannya di peringkat bahagian.

“Bagi diri saya pula, saya akan terus memimpin Umno Pekan dan menawarkan diri untuk mempertahankan jawatan sebagai ketua bahagian Umno Pekan,” katanya.

Najib berundur dari jawatan nombor satu dalam Umno selepas BN kalah kalah teruk sehingga hilang pentadbiran pusat dan hampir seluruh negeri di tangan Pakatan Harapan.

Sementara itu, dalam tulisan di Facebook, Najib juga mengingatkan anggota parti itu supaya meneruskan perjuangan “parti keramat” itu.

“Sebagai presiden Umno dan pengerusi BN (sebelum ini) saya bertanggungjawab atas kekalahan kita dalam PRU 14.

“Kita kena bangkit dan masa untuk bersedih telah berlalu. Kita mesti ambil iktibar, kuatkan iltizam dan perbaiki kelemahan serta kuatkan Umno, agar kita dapat kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...