Skip to main content

Kesultanan Johor Tak Pernah Ambil Duit Rakyat.


Kesultanan Johor tidak pernah mengambil wang rakyat, tetapi sebenarnya telah mendermaka seluruh peruntukan kerajaan negeri yang diterima kepada rakyatnya sejak tahun 1899 lagi, maklum kenyataan Istana Johor.

Kenyataan yang disiarkan di halaman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar itu berkata kesultanan itu juga mempunyai yayasannya sendiri, yang dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar, bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Kesultanan Johor sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1899 telah mendermakan gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor bagi membantu Bangsa Johor yang memerlukan.

"Usaha ini kemudian diteruskan dan diselaraskan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di mana dana tersebut disalurkan kepada satu tabung yayasan yang kini dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar.

Gaji beri kepada yayasan

"Malah, ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8 (1984-1989), kesemua gaji dan elaun yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan diberikan kepada yayasan tersebut," kata kenyataan itu lagi.

Penjelasan ini datang selepas wujud dakwaan kira-kira RM256.9 juta telah dibelanjakan untuk Sultan Muhammad V dalam tempoh 16 bulan, semenjak beliau menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Menurut kenyataan itu lagi, yayasan Sultan Iskandar bukan sahaja membantu orang miskin, tetapi juga membiayai pendidikan, bantuan bencana dan program celik komputer.

Sejak era Sultan Sir Ibrahim sampai saat ini, hasil dan pendapatan keluarga di-Raja Johor berasal daripada pengurusan perladangan serta perusahaan lain seperti hartanah, kata kenyataan itu.

"Sultan Johor kini, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut mempunyai yayasan sendiri bertujuan memberi bantuan pendidikan, kebajikan, biasiswa pelajar miskin, perubatan serta bantuan kepada warga emas dan orang kurang upaya.

"Dana untuk yayasan berkenaan adalah sumbangan daripada semua elaun diraja yang diterima baginda," kata kenyataan itu lagi. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...