Skip to main content

Kalau Najib Tak Bersalah, Kenapa Barisan Nasional Kalah.


Mengulas laporan penyokong Datuk Seri Najib Razak yang berkata bekas perdana menteri itu tidak bersalah, Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin tampil dengan penjelasan "Saya tak kata prinsip atau maxim tu salah.

Menurut laporan Malaysiakini, Penyokong Najib yang berkata bekas perdana menteri itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah berhubung skandal penyelewengan syarikat pelaburan negara, 1MDB.

"Seronok juga membaca laporan media yang lapor komen setengah pengunjung yang hadir dalam majlis rumah terbuka 'eidul firtri mantan Presiden parti sarkas di Pekan.

"Saya tak kata prinsip atau maxim tu salah. Cuma bila main pakai secara sembrono, tak tahu dan tak kena pada tempat ,masa dan keadaan, ia nampak lucu," kata Hanipa yang juga seorang peguam pada suatu hantaran di Facebook.

Pada Hari Raya pertama, kira-kira 500 orang menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

Tak kisah serbuan

Sebahagian besar hadirin yang ditemui oleh Malaysiakini tidak ambil kisah dengan segala pertuduhan oleh kerajaan baru di Putrajaya terhadap Najib, termasuk serbuan yang dijalankan ke atas rumah atau kediaman yang dikaitkan dengannya.

Bagi mereka, kerajaan berhak menyiasat, tetapi Najib tidak seharusnya dianggap bersalah sehingga dibuktikan di mahkamah. Sikap dwi standard sesetengah penyokong BN terhadap pemimpin HARAPAN ketika gabungan itu menjadi pembangkang dulu ditegur Hanipa.

"Hai dulu masa kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, awat (kenapa) hentam dia hingga lunyai sebelum mahkamah putus lagi.

"Masa kes komen Menteri Pertahanan dalam isu Bukit Kepong..belum pergi court lagi pun hang (kamu) dah buli dan belasah dia sakan.. sampai suruh lucut kewarganegaraan beliau. Consistency brader!" Tegas beliau lagi.

Menurut pemimpin Amanah itu lagi jika memakai logik pengunjung rumah Najib di Pekan, Barisan Nasional tidak patut kalah dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Jika kita pakai dan ikut logik pengunjung di Pekan itu, logiknya parti yang didokong oleh MO1 tak wajar kalah teruk dalam PRU 14. Ya lah MO1 belum diputuskan bersalah pun dalam kes 1MDB, awat hukum dia dan parti dia kaw kaw dalam PRU?"

"Logik politik dan logik undang-undang bukan 24 jam sama saudara dan saudari!"Katanya.

Najib Razak sedang disiasat SPRM mengenai penyelewengan dana 1MDB dan telah dua kali memberi keterangan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Bagaimanapun, bekas presiden Umno itu secara konsisten menafikan sebarang salah laku dan peguam negara pada era pentadbiran Najib, Tan Sri Apandi Ali turut membebaskan beliu daripada sebarang pertuduhan. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...