Skip to main content

Dr Mahathir Sindir Saya Isu Bertanding Jawatan Presiden Umno.


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin langsung tidak menganggap saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya beliau bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno sebagai sesuatu yang serius.

Sebaliknya, beliau berkata Dr Mahathir bertujuan menyindirnya.

“Tun Dr Mahathir, dia selalu sarkastik. Mungkin dia perli saya,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin adalah calon terbaik untuk menerajui parti itu.

Tanpa mengulas lanjut, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu membayangkan Khairy merupakan calon yang layak memegang jawatan tersebut berikutan keadaan Umno kini yang dilihat kucar-kacir sehingga tidak dapat menentukan hala tuju perjuangan parti.

“Saya rasa Khairy calon terbaik... (jawatan) Presiden Umno ialah Khairy Jamaluddin,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis HARAPAN Kedah di Seri Mentaloon di sini hari ini. Turut hadir Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi HARAPAN negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pimpinan pakatan itu.

Pada 22 Mei lepas, pemangku Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan semua jawatan yang ada mengikut perlembagaan Umno adalah terbuka dan bebas untuk dipertandingkan termasuk presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan ketua sayap pada pemilihan parti yang dijadualkan hujung bulan ini.

Pada pilihan raya umum 9 Mei lalu, Umno mengalami kekalahan teruk dengan Barisan Nasional (BN) yang diterajuinya kehilangan kuasa di peringkat pusat selepas enam dekad mentadbir negara.

Sebelum ini Khairy Jamaluddin dikatakan akan bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan jawatan parti itu.

Perkara itu disahkan sumber terdekat dengan Ahli Parlimen Rembau itu.

Ia sekaligus menafikan desas-desus bahawa Khairy akan bertanding bagi jawatan Presiden atau Timbalan Presiden UMNO.

Pada 22 Mei lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO sebulat suara bersetuju supaya semua jawatan di peringkat tertinggi parti itu dipertandingkan. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...