Powered by Blogger.

Friday, June 29, 2018

Benarkah Ardell Aryana Hidap Kanser Tahap 3?


Mungkin ada diantara kita yang telah pun sedia maklum mengenai satu berita yang amat mengejutkan tentang pelakon cantik,Ardell Aryana dikatakan menghidap penyakit kanser tahap 3.

Berita mengejutkan itu telah di nyatakan oleh rakan baiknya sendiri iaitu, Nadzmi Adhwa telah memaklumkannya ketika beliau sedang membuat Instagram Live,semalam.

Bukan sahaja itu,Nadzmia juga telah memuat naik kata-kata semangat untuk rakan baiknya untuk terus kuat menempuhi segala ujian.



Ternyata muat naik tersebut membuatkan rata-rata netizen yang membacanya terkejut dengan berita tersebut.Menerusi muat naik terakhir Ardell di akaun Instagram,kepsyen yang ditulis seolah-oleh sedang mencari kekuatan buat dirinya.


Walau bagaimanapun,para netizen tidak putus-putus memberikan kata semangat kepada pelakon jelita ini dan mendoakan supaya beliau diberikan kekuatan.

Namun,sehingga ke hari ini,Ardell tidak lagi memberikan sebarang penjelasan mengenai berita mengejutkan ini.Diharap para pembaca dapat mendoakan agar Ardell sentiasa diberikan kekuatan buat dirinya dan tidak putus asa walau apa jua dugaan yang menimpa.