Beg Tangan Rosmah Jenama Bijan,Tarik Perhatian Netizen



Baru-baru ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman,Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh telah mengadakan sidang media khas bagi membongkar jumlah sebenar nilai barangan rampasan di premis milik bekas Perdana Menteri,iaitu Datuk Najib.

Secara keseluruhannya jumlah nilai rampasan tersebut tidak tercapai dek akal berikutan pelbagai jenama beg tangan dan barang kemas yang dirampas.



Namun,dalam banyak-banyak jenama beg tangan yang dirampas terdapat satu jenam beg yang telah berjaya menarik perhatian netizen iaitu jenama Bijan.

Rata-rata netizen beranggapan beg tersebut adalah milik Datuk Najib,namun sebenarnya adalah milik isterinya.Netizen berfikiran begitu kerana apabila diterbalikkan jenama beg itu adalah Najib.


Sememangnya jenama Bijan tidak asing lagi dikalangan peminat barangan mewah,kerana perkara pertama yang terlintas di fikiran ialah Bijan Bar dan Restoran yang terletak di Jalan Ceylon.

Bagaimanapun,jenama beg tersebut adalah jenama khusus yang hanya dijual mengikut tempahan dari pembelinya.

Beg jenama Bijan ini terkenal dikalangan golongan VVIP sahaja oleh itu,orang awam seperti kita tidak begitu mengenalinya.


Jenama beg Bijan ini telah dicipta oleh seorang ahli pernigaan bernama Pakzad Bijan di Los Angeles.Pakzad Bijan dilahirkan pada April 1940 di Tehran, Iran yang mengkhusus pada koleksi pakaian lelaki dan wangian.

Pakzad Bijan

Butik beliau bernama 'Rodeo Drive' di Beverly Hills sahaja cukup mengambarkan ianya merupakan butik paling mahal di dunia.

Bagaimanapun,pemilik asalnya iaitu Bijan telah pun meninggal dunia pada 16 April 2011 akibat serangan strok.Dan kini perniagaannya telah diambil alih oleh sebuah syarikat LVMH pada harga RM491 juta (AS$122 juta) pada Ogos 2016.


Untuk maklumat pembaca,antara pelanggan setia Bija ini terdiri dari lima orang Presiden Amerika Syarikat seperti Barack Obama, Ronald Reagan,George Bush dan anaknya,serta Bill Clinton.

Selain itu,pemimpin Arab, Raja Salman, ahli politik terkenal yang lain seperti Tony Blair dan Vladimir Putin juga merupakan pelanggan setia Bijan.Peraka fesyen terkena; seperti Oscar de la Renta, Tom Ford dan Giorgio Armani juag sering menjadi pelanggan tetap Bijan.