Skip to main content

Barisan Nasional Sarawak Mengkhianati Mandat Dan Kepercayaan Rakyat.


Tindakan keputusan Barisan Nasional Sarawak yang meninggalkan BN merupakan satu keputusan yang mengkhianati mandat dan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka selaku wakil BN.

Menurut laporan Malaysiakini, Keputusan parti-parti komponen Sarawak seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta yang lain-lainnya untuk meninggalkan BN merupakan satu keputusan yang dijangkakan.

Keputusan parti-parti komponen ini meninggalkan BN membawa makna bahawa BN kini kehilangan rakan kongsi yang penting di Sarawak.

Sekalipun BN akur bahawa tidak ada pihak yang boleh menghalang dan mempertikaikan keputusan mereka untuk meninggalkan BN dan mencari hala tuju serta jalan masa depannya sendiri, keputusan tersebut dilihat sangat menyedihkan dan memberi kesan kepada BN.

Biarpun Umno Johor percaya bahawa ia dibuat dengan alasan dan pertimbangan yang sebaik-baiknya, Umno Johor juga percaya bahawa keputusan sedemikian secara tidak langsung menggagalkan usaha memperkemas demokrasi dan mewujudkan sistem dua parti (two parties system) yang diusahakan selama ini.

Lebih penting, kesemua wakil dari parti komponen ini diundi sebelum ini kerana mereka mewakili BN. Mereka dipilih atas kapasiti mereka sebagai wakil BN.

Jadi, meninggalkan BN bermakna mereka mengkhianati mandat dan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka selaku wakil BN.

Ia bercanggah dengan kemahuan rakyat yang mahu mereka berkhidmat di bawah panji BN. Ini sudah pastilah satu perkara yang tidak baik.

BN harus terima hakikat

Malah, tindakan parti-parti komponen BN dari Sarawak ini yang berhasrat mewujudkan pakatan hanya dari kalangan mereka sendiri sahaja merupakan satu langkah ke belakang dan tidak menyokong aspirasi dan usaha kita untuk mengukuhkan integrasi nasional.

Lebih menyedihkan, keputusan meninggalkan BN ini seolah-olah mengetepikan segala kerjasama, persahabatan dan persaudaraan antara parti-parti komponen dalam BN sejak lebih 60 tahun.

Kekalahan dalam PRU tidak seharusnya dijadikan alasan untuk terus mengubah pendirian dan melupakan begitu sahaja persahabatan dan kerjasama baik yang dibina selama ini.

Kekalahan dalam PRU bukanlah pengakhiran kepada segala-galanya. Ia seharusnya menjadi peringatan dan motivasi untuk parti menambah baik diri sendiri.

Umno Johor berpandangan bahawa perkembangan seperti ini menggambarkan bahawa BN kini berdepan dengan cabaran besar untuk menyatu dan mengukuhkan parti-parti komponennya agar BN kekal relevan dan berfungsi dengan baik.

Pada masa yang sama, Umno Johor percaya bahawa para pemimpin, ahli dan pendukung BN harus sedar dan menerima hakikat bahawa tiada perkongsian dan pakatan seperti BN yang akan kekal selama-lamanya.

Setiap formula perkongsian kuasa yang menghimpunkan pelbagai kaum dan kemajmukan seperti yang diamalkan oleh BN selama ini pasti akan teruji dengan bermacam-macam cabaran semasa.

Jadi, adalah kritikal untuk BN terus mencari jalan masa hadapan yang berupaya untuk mendepani semua ini dengan baik. Malah, Umno Johor sendiri akan memperhalusi perkara ini dengan sedalam-dalamnya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...