Skip to main content

Barisan Nasional Di Sarawak Dalam Bahaya.


Selepas kekalahan Barisan Nasional di PRU14 lepas  empat parti komponen BN Sarawak, diketuai PBB, dikatakan telah bersedia untuk keluar dari gabungan itu dan membentuk gabungan baru.

Menurut laporan Malaysiakini, pemimpin-pemimpin PBB yang tidak mahu namanya disebut memberitahu, perkara itu telah diputuskan dan pengumuman selepas mesyuarat majlis tertinggi BN Sarawak minggu depan hanyalah satu formaliti.

Mereka mendedahkan bahawa pilihan untuk parti-parti dalam BN Sarawak untuk keluar dari gabungan itu telah pun kedengaran sebelum pilihan raya umum 9 Mei lagi, dengan mengambil kira senario kemenangan Pakatan Harapan.

“Rancangan keluar itu telah menjadi antara pilihan sebelum pilihan raya lagi dan parti-parti komponen diberi masa untuk membincangkan perkara itu dengan parti masing-masing sebelum membuat keputusan.

“Kini sudah sebulan selepas kekalahan teruk BN dan kepimpinan dilihat perlahan mengambil tindakan lanjut bagi mempertahankan kestabilan gabungan negeri.

“Tiada lagi pilihan selain keluar BN,” kata seorang pemimpin PBB kepada Malaysiakini.

Kerajaan BN Sarawak pimpinan Datuk Patinggi Abang Johari Openg masih berada dalam keadaan status quo di sebalik cakap-cakap bahawa PBB, SUPP, Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDB) untuk membentuk gabungan baru di peringkat negeri.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap presiden PRS Tan Sri James Masing enggan mengulas lanjut isu itu.

“Mesyuarat majlis tertinggi BN Sarawak tiada kena mengena dengan saman Petronas berkaitan PDA (Akta Pembangunan Petroleum) 1974.

“Masa depan Sarawak akan dibincangkan pada 12 Jun. Sebelum mesyuarat itu saya tidak boleh melangkau dengan menyebut kemungkinan keputusan yang akan dibuat,” katanya melalui pesanan teks kepada Malaysiakini.

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata, laporan yang mendakwa PBB telah meninggalkan BN adalah di luar pengetahuannya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...