Akibat Ketagih Main Mobile Legends,Remaja Ini Terkena Stroke Dan Hampir Maut


Seorang wanita telah berkongsi pengalaman pahitnya akibat ketagih bermain permainan Mobile Legends (ML) di media sosial kini menjadi tular.

Mobile Legends (ML) kini merupakan permainan yang sangat popular dikalangan generasi muda namun tidak terkecuali bagi kaum wanita juga turut menyertainya.

Permainan ini sering menjadi perbualan diantara remaja yang sering menghabiskan masa untuk bermainnya tidak mengira waktu dan masa.Ada juga sesetengah daripada permain sanggup menghabiskan berpuluhribu duit untuk bermain permainan ini.

Disebabkan permainan Mobile Legends ini membuatkan permainnya sering ketagih selama berjam-jam seorang wanita yang dikenali sebagai Mhary Mundoc Idanan dipercayai telah diserang strok akibat terlalu leka.

Mhary mengakui bahawa dia adalah seorang permain tegar permainan Mobile Legend.Wanita berusia 23 tahun ini menghabiskan sebahagian besar masa bermain Mobile Legend tidak mengira waktu.

Selain itu,wanita ini juga mengakui dia akan menghabiskan masanya bermain ML meskipun tidak tidur bagi menaikkan 'level' yang seterusnya.

Mhary mengaku tak akan berhenti hingga karakternya dapat naik ke peringkat seterusnya di dalam permainan itu.

Melalui muat naiknya di Facebook, Mhary mendedahkan bahawa dia mula bermain dari jam 10 malam hingga 6 pagi tanpa rehat.

Dia kan melihat skrin telefon bimbit sehingga mtanya berasa pedih,namun dia tidak akan menghiraukannya sehinggalah dapat naik ke peringkat seterusnya.

Tetapi, kebelakangan ini, Mhary mempunyai insiden buruk yang tidak dapat di lupakan sampai bila-bila.

Disebabkan tidak mendapat rehat yang cukup dan terlampau terdedah kepada skrin telefon,tahap kesihatannya menjadi mersosot dam sekali gus dia terkena serangan stroke.

Dalam muat naiknya, Mhary telah berkongsi beberapa keping gambarnya semasa dirawat di Hospital Quenzon City, Filipina.

Hidungnya dipasang hos, tangan dicucuk, dan mulutnya dipasang dengan saluran pernafasan.

Menurut laporan dari Daily Mail, penggunaan telefon bimbit yang berlebihan boleh menyebabkan tumor otak hingga 18 jenis kanser.

Kajian dari University College London menyatakan bahawa seseorang yang menghabiskan masa 4 jam atau lebih di depan alat atau komputer boleh menyebabkan gangguan sistem peredaran darah.

Melalui muat naik tersebut, Mhary mengingatkan pemaian ML yang lain supaya tidak terlalu leka bermain permainan tersebut sehingga mengabaikan kesihatan.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang-orang yang telah mengingatkannya.Bagaimanapun, kisah Mhary ini jadi viral sehingga mendapat lebih dari 52 ribu kali perkongsian di media sosial.

Beberapa orang netizen yang lain juga mengalami hal yang sama dan mendakwa terlampau teruja bermain permainan ML.

Namun, kebanyakkan permain ML akhirnya memutuskan berhenti dan menjauhi diri dari bermain permaianan tersebut.

Telefon bimbit kini sudah menjadi sebahagian penting di era digital ini.

Semoga kisah yang menimpa Mhary ini menjadi pengajaran kepada orang ramai.Editor-Sofia