Skip to main content

Ahli UMNO Harus Teruskan Perjuangan Walaupun Berdepan Ujian.


Datuk Seri Najib Tun Razak mahu ahli UMNO tidak berganjak dan meneruskan perjuangan meskipun kini berdepan ujian yang sangat berat.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, jangan biarkan parti yang diasaskan sejak 72 tahun lalu berakhir dan tidak lagi mendapat tempat atau dianggap sudah tidak relevan.

“Dalam perjuangan tidak semuanya akan melalui jalan yang manis, sebaliknya sesekali berdepan laluan berliku atau jalan buntu. Hanya yang cekal, berlapang dada dan istiqamah akan memperoleh kejayaan.

“Lihat apa yang sedang berlaku ini adalah perjuangan amat menguji kita. Allah letakkan ujian yang sangat besar, jika kita mempunyai kesungguhan dan menghidupkan kembali perjuangan asal UMNO,” katanya dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada golongan Asnaf di Masjid Kampung Tanjung Agas, di sini hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, mengimbau kembali ketika UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union bagaimana kekuatan semangat dan perpaduan menjadi benteng kekuatan.

“Ketika itu kita tidak mempunyai kekuatan termasuk kekuatan ekonomi. Tapi kita ada kekuatan semangat dan perpaduan, dengan itu sahaja, kita menumbangkan Malayan Union.

“Justeru, sebagai ahli parti kita harus terus berjuang selagi ada nafas yang bertiup dan selagi ada roh di dalam jasad sehingga muncul kebenaran dengan izin Allah,” katanya.

Beliau berkata, sumbangan dan jasa UMNO dalam pembangunan negara tidak boleh dinafikan termasuklah di Kampung Tanjung Agas ini dalam menikmati kemudahan infrastruktur seperti masjid yang berhawa dingin.

Sebelum ini Najib berkata firma penarafan antarabangsa Moody’s mengesahkan bahawa hutang negara pada nilai RM1 trilion adalah tidak benar.

Menurut Najib lagi Moody’s turut menetapkan hutang Malaysia hanya pada 50.8 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 80.3 peratus seperti diuar-uarkan Kementerian Kewangan.

“Anda boleh mengelirukan rakyat tetapi anda tidak boleh kelirukan pakar,” katanya sambil menambah kerajaan BN sebelum ini telus dalam laporan kewangan mengikut standard antarabangsa.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut