Skip to main content

Ada Yang Dah Mula Menyesal Undi Pakatan Harapan - Najib


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Nasib 17,000 kakitangan penjawat awam bertaraf kontrak yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut laporan Berita Harian Online, Najib berkata mungkin lebih baik sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya lagi kumpulan berkenaan mungkin masih bekerja dan dapat mencari rezeki untuk menyara keluarga seperti sebelum PRU14 berbanding sekarang apabila mereka hilang ditamatkan mata pencarian.

Ahli Parlimen Pekan itu berkongsi nukilan seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang menyatakan dirinya adalah pengundi PH pada PRU14 kerana sering dimomokkan sejak anaknya lahir bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah punca kepada kenaikan harga barang.

"Mana dia pergi pun peniaga kata GST menyebabkan (harga) barang naik, dia tidak sebut pun sebagai seorang guru KAFA dia mendapat pembelaan daripada kerajaan (sebelum 9 Mei).

"Selepas 9 Mei dia mendapat penamatan sebagai guru KAFA pada awal Ramadan, bila tengok dua anak kecilnya...air matanya menitis kerana terbayang apa bakal terjadi kepada anaknya itu dan menampung perbelanjaan.

"Timbul kesedaran bahawa BN yang memberi pembelaan kepada guru KAFA, BN tidak tergamak memberhentikan 3,000 guru KAFA yang termasuk 17,000 kakitangan kontrak kerajaan namanya ada dan saya hendak berhubung dengannya kerana dia menyesal mengundi pakatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 100 asnaf di Masjid Kampung Polo di sini, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Arif.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata perasaan kesal dan insaf bahawa hanya kerajaan BN memberi pembelaan kepada penjawat awam selama ini hanya dirasai selepas 'perkara itu tiada'.

"Apakan daya mungkin mereka tertipu atau membuat satu pertimbangan berdasarkan kepada hasutan atau kempen kebencian tanpa melihat kepada kebaikan BN, kebaikan kita tidak nampak semasa itu, hanya sedar bila sudah tiada.

"Tetapi sebagai hamba Allah, kita kena terima dan terpaksa bina masa depan kita sebagai sebuah parti yang tiada kuasa kerajaan," katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan turut berterima kasih kepada pengundi di Parlimen Pekan kerana memberi mandat dan memenangi kerusi itu dengan majoriti tertinggi di Malaysia bagi BN.

"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, sudah tentu saya terus terpanggil untuk meunaskan tanggungawab selepas diberi kepercayaan dab mandat oleh pengundi," katanya.- Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...