Powered by Blogger.

Friday, June 29, 2018

12 Gambar Suri Hati Kapten Hanif,Dayah Bakar Selamat Diijab Kabulkan


Pengacara tv,Dayah Bakar atau nama sebenarnya Nur Hidayah Binti Abu Bakar baru-baru ini telah pun selamat bergelar isteri kepada seorang pegawai tentera iaitu Kapten Muhammad Hanif Hamidi dengan sekali lafaz sahaja.Alhamdulillah..

Majlis serba sederhana ini diadakan di 9 Kedondong, Ampang turut diraikan lebih dari 200 tetamu yang terdiri dari kedua-dua belah pihak mempelai,sahabat handai serta rakan artis iaitu Fara Fauzana dan Heliza Helmi.

Pasangan sejoli ini memilih tarikh resepsi pada 1 Julai di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging .

Untuk maklumat pembaca Dayah dan Kapten Hanif sudah lama berkawan sejak dari kecil lagi.Dayah sendiri mengakui pernah menerima surat cinta daripada Kapten Hanif semasa dibangku sekolah namun,Dayah tidak menyangka ternyata Hanif adalah jodohnya.

Dayah yang anggun mengenakan busana berwarna putih semasa majlis akad nikahnya kelihatan begitu cantik dan simple.Mari kita lihat foto-foto disekitar majlis.