Skip to main content

Wanita ini Terkejut Apabila Sampai Di Dalam Hotel,Rupa-rupanya....


Seorang wanita dipercayai telah membuat tempahan disebuah hotel dengan mengimpikan sebuah kolam renang yang luas tidak dapat menahan ketawanya sebaik sahaja tiba dilokasi kejadian apabila menyedari gambar yang terdapat didalam web site tidak sama seperti gambar realitinya.

Gambar kolam renang besar yang terdapat di dalam web site tersebut hanya lah sebuah tab mandi yang kecil sahaja.

Jenny Kershaw berasal dari Manchester, England,telah memuat naik gambar tersebut di laman Twitternya hujung minggu lalu untuk berkongsikan kepada pengikutnya di media sosial.

Rata-rata menyatakan ianya adalah insiden yang amat melucukan apabila gambar yang dipaparkan dalam web site tidak sama dengan realiti.Jenny seperti tidak percaya dengan apa yang berlaku namun,dia hanya menganggapnya sebagai satu lawak jenaka sahaja.

'Kolam hotel kami di Vietnam ... booking.com VS realiti [emoji air mata] tulisnya di laman Twitter.




Ianya berpunca apabila gambar yang diambil sangat rapat dan tidak menampakkan bahagian tepi tab mandi namun sebenarnya hanyalah sebuah tab mandi kecil di dalam bilik air sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan adalah,para netizen tidak berhenti ketawa mengenai perkara ini dan dianggap sangat lucu.Kini,gambar yang telah ditweet oleh wanita ini menjadi viral.Dalam masa lima hari sahaja,gambar tersebut dikatakan telah mempunyai lebih daripada 150,000 'likes' dan seramai 70,000 retweets gambar tersebut.

Seorang pengguna Twitter menulis 'Saya amat malu bagi pihak @bookingcom.'




Seorang pengguna yang menggunakan nama Richie Tozier berjenaka :"Saya muat naik dan bandingkan dengan keadaan sebenar".

Pengguna Twitter yang lain mula menyedari tab mandi tersebut sangat kecil sehinggakan tangga tab mandi tersebut tidak dapat dipenuh dengan perkataan "welcome" kerana huruf "E" tidak dapat dimasukkan bersama.



'Terlalu kecil untuk meletakkan E dalam sambutan,' seorang pengguna Twitter menulis.Ini adalah bahagian kegemarannya dan merasakan ianya sesuatu yang amat melucukan.

Selepas tweet tersebut menjadi viral, Booking.com menghantar maklum balas kepada Jenny dan meminta beliau untuk menghantar imej tab mandi tersebut, tetapi dia menegaskan dia tidak berminat untuk memfailkan aduan rasmi.

'Tidak apa-apa, saya tidak mahu memfailkan aduan ... ia hanya lucu dan saya perhatikan gambar-gambar sama sekali tidak seperti asal ...', dia menjawab.Editor-Sofia

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...