Skip to main content

Umno Tidak Akan Lama Jadi Pembangkang..


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ahmad Maslan menyamakan partinya dengan kapal yang sedang tenggelam.

Bagaimanapun, menurut Ahmad beliau yakin jika Umno bersatu, parti itu tidak akan lama menjadi pembangkang.

"Dengan izin Allah kita mungkin tidak lama jadi pembangkang sebagaimana yang berlaku di negeri yang kita kalah. Kita yakin Malaysia ini, kita kalah tetapi kita boleh menang balik," katanya dalam rakaman video disiarkan Umno Online.

Pada piihan raya umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu Umno dan BN buat pertama kali dalam sejarah tewas di peringkat persekutuan selepas 61 tahun berkuasa.

Parti itu juga kehilangan semua negeri kecuali Perlis dan Pahang. Manakala Sarawak mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum.

"Kita berikan kepercayaan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mereka mentadbir dan mengepalai parti ini.

"Dengan sokongan padu itu maka Insya Allah parti kita yang umpama kapal yang sudah tenggelam ini boleh diambil, boleh diangkat kembali ke permukaan air dan diselamatkan semua isi-isi di dalam nya.

"Yakinlah bahawa jika kita bersatu, kita akan kuat dan kita akan boleh hadapi mereka," katanya yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian.

Ahmad berkata Pakatan Harapan hanya menang 122 kerusi daripada 222 kerusi parlimen dan ia bukan merupakan kemenangan besar.

"Oleh kerana itu kemenangan mereka tidak membolehkan mereka mendabik dada. Mereka harus memenuhi manifesto yang telah mereka janjikan

"Manifesto yang menjanjikan bulan dan bintang itu harus mereka tunaikan. Jika mereka tak tunaikan percayalah rakyat akan bangkit dan tukar kerajaan yang ada ini," ujarnya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...