Skip to main content

"Tak Payah Tunjuk Hero" 20 Tahun PKR Tak Pernah Menang, Hingga Tun M Datang.



"Tak payah tunjuk hero". Itu reaksi Pengerusi PPBM Terengganu, Datuk Razali Idris berhubung kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut Razali, kemenangan PH sebahagian besarnya berikutan percaturan bijak Dr Mahathir merangka strategi, bukannya hasil kajian Invoke Malaysia (INVOKE).

Sambil menyifatkan kenyataan sensasi Rafizi itu bersifat peribadi dan boleh memecah-belahkan PH, beliau berkata sekarang bukan masa memperlekehkan sesiapa, sebaliknya mengambil peluang untuk membina semula negara.

Katanya, Rafizi mengambil jalan ke belakang dengan mencipta krisis dalaman antara komponen PH.

"Antara strategi ampuh yang disusun Tun M ialah bertanding menggunakan satu logo, mengumumkan Perdana Menteri dan timbalannya seandainya PH menang serta menyelesaikan isu pembahagian kerusi.

"Kalau ikut kajian INVOKE, PAS tak dapat satu kerusi pun di Terengganu dan Kelantan tapi apa yang berlaku, PAS menang dua pertiga sekali gus membuktikan kajian itu tidak tepat," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Razali berkata, Dr Mahathir dan PPBM hanya mengambil masa setahun setengah untuk menjatuhkan BN sedangkan parti lain dalam PH tidak pernah berjaya walaupun berjuang puluhan tahun.

"DAP ambil masa 60 tahun, PKR (20 tahun) dan Mohamad Sabu menerusi PAS dan Parti Amanah Negara (PAN) 40 tahun tetapi Tun M dan PPBM hanya ambil setahun setengah sahaja.

"Ini membuktikan pengaruh Tun M amat besar dan beliau mempunyai percaturan hebat," katanya.

Semalam Rafizi Ramli Berkata Tun Dr Mahathir bukan faktor kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, kata Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, isu kenaikan kos sara hidup serta pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah sebab utama PH berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata, perkara itu terbukti berdasarkan tinjauan pasca PRU-14 oleh Invoke Malaysia yang mendapati pengundi lebih terkesan dengan dua isu itu berbanding taat setia kepada Dr Mahathir.

Katanya, prestasi buruk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Dr Mahathir di Kedah, turut menjadi bukti Perdana Menteri berusia 92 tahun itu bukan faktor kejayaan PH.

“Kami membuat tinjauan pendapat pasca pilihan raya. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan sekarang dan data akan mengesahkannya. Pada akhirnya, isu terbesar adalah isu punca pendapatan. Ia adalah mengenai GST lebih mengatasi isu lain.

“Selain itu, walaupun Dr Mahathir menang besar sebelum ini di Kedah, tetapi kali ini PAS yang menang besar di Kedah.

“Ini bermakna, untuk kaum Melayu, jika mereka perlu memilih antara PPBM yang dipimpin Dr Mahathir atau PAS, mereka akan pilih PAS,” katanya seperti dilaporkan portal The Malaysian Insight, semalam.

PRU-14 mencatat sejarah tersendiri BN tewas kepada PH, sekali gus gagal membentuk kerajaan buat pertama kali dalam tempoh 60 tahun.

PH berjaya merampas beberapa negeri daripada BN, iaitu Kedah, Perak, Sabah dan Johor yang juga negeri UMNO ‘dilahirkan’, selain mencipta kejutan di Negeri Sembilan dan Melaka.

Walaupun berjaya merampas Kedah, namun prestasi PPBM di negeri kelahiran Dr Mahathir itu mengecewakan apabila sekadar menang tiga kerusi Parlimen.

Sebelum ini, beberapa pihak menyifatkan Dr Mahathir sebagai faktor dan kunci kemenangan PH pada PRU-14, berikutan berjaya menyatukan parti pembangkang, khususnya untuk bertanding di bawah satu logo buat pertama kali.

Kejayaan PH merampas kerusi luar bandar serta memenangi undi golongan berusia juga disandarkan kepada faktor Dr Mahathir, berikutan ia gagal dilakukan PKR dan DAP sebelum ini

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...