Skip to main content

Rusia Mahu Terlibat Sepenuhnya Dalam Kes Penyiasatan MH17


ST PETERSBURG- Negara Rusia menyatakan hasratnya mahu terlibat di dalam kes siasatan yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine pada tahun 2014.

Menurut Vladimir Putin iaitu Presiden Rusia berkata,dengan cara itu Rusia boleh mengiktiraf laporan siasatan yang telah diterbitkan oleh pasukan penyiasat negara tersebut dengan lebih terperinci.


Pihak Ukraine dikatakan terlibat di dalam siasatan itu sepenuhnya,tetapi Rusia tidak.Oleh itu,pihaknya tidak mengetahui apa yang telah dirumuskan di dalam laporan berkenaan.

Terdapat beberapa buah negara terlibat di dalam siasatan ini antaranya adalah,Malaysia,Belgium, Ukraine,Belanda dan Australia.Pada hari Khamis pasukan penyiasatan telah membuat satu laporan yang mendakwa bahawa sistem peluru berpandu antipesawat 53 Angkatan Bersenjata Rusia telah diguna pakai untuk menembak pesawat malang itu.

Walau bagaimanapun,Kementerian pertahanan Rusia telah menafikan bahawa pihaknya terlibat di dalam insiden yang melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine.

Pasukan tersebut kini telah bertungkus-lumus dalam mengumpulkan bukti supaya proses undang-undang dapat di lakukan.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang membawa seramai 298 penumpang dan dua pertiga daripada penumpannya adalah warganegara Belanda.Pesawat ini dikatakan telah ditembak dari jauh menggunakan peluru berpandu buatan Rusia pada 17 Julai 2014 di ruang udara wilayah yang dikawal ketat oleh puak pemisah pro-Rusia.

Bagaimanpun,pihak penyiasat meminta orang ramai yang terlihat dari mana arah peluru berpandu itu datang untuk tampil bagi membantu mengenal pasti kru yang terlibat.

Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan pada Oktober 2015 bahawa pesawat Boeing 777 itu telah ditembak oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.Sumber-Awani.Editor-Sofia

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...