Powered by Blogger.

Thursday, May 24, 2018

Rupanya Pasal Kes Ini Jamal Ditangkap.


Prosiding pendakwaan kes mahkamah Datuk Seri Jamal Yunos terpaksa berlangsung di Wad Premier Hospital Ampang Puteri kerana Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sedang menjalani rawatan sakit belakang di situ.

Kes mahkamah berkenaan adalah berhubung pertuduhan terhadap Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia itu yang didakwa mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam selepas memecahkan sejumlah botol arak di hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan.

Jamal bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, seperti dilapor Sinar Harian.

Jamal, 48, didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda RM400 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun depan sebagai sebutan kes di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Dalam kejadian 5 Oktober tahun lalu itu, Jamal dikatakan mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Selasa lalu, Jamal turut ditahan di hospital sama bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 selepas terdapat laporan terhadapnya yang dikatakan senjaga mempamerkan senjata apinya.
 

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor pada 12 Mei lalu berkata, laporan polis dibuat berhubung gambar tular yang memaparkan seorang lelakan mirip Jamal dengan gambar tersisip di pinggang.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan daripada gambar berkenaan sama ada ia senjata betul atau palsu.