Skip to main content

RTM Sahkan Siar Piala Dunia 2018 LIVE


Lagi khabar gembira daripada kerajaan - Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengesahkan kejohanan Piala Dunia 2018 akan disiarkan di saluran RTM1.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata kabinet setuju dengan cadangan itu selepad dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

Katanya lagi, Kementerian Kewangan akan memperincikan kos penyiaran itu dalam sidang media esok.

Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mendapatkan hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 kepada peminat bola sepak Malaysia.

Gobind Singh Deo berkata cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu dan beliau juga berharap dapat menerima jawapan yang baik dengan cepat.

katanya lagi, ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan RTM dan untuk meningkatkan jumlah penonton di bahagian RTM, oleh kerana ianya merupakan acara peringkat dunia.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatannya ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Wisma Bernama, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Muar dan ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata terdapat keperluan untuk mencari jalan bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 untuk peminat setempat.

Acara yang diadakan empat tahun sekali akan menjadikan Rusia sebagai tuan rumah dengan 32 negara dari lima konfederasi bola sepak yang bertanding di 12 tempat untuk memenangi piala yang berprestij itu.

Piala Dunia, yang digelar sebagai acara pertunjukan terbesar di dunia, akan bermula pada 14 Jun dengan Rusia sebagai tuan rumah bertembung dengan Arab Saudi dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Luzhniki di Moscow pada pukul 6 petang (11 malam waktu tempatan).

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...