Skip to main content

Rayuan Rosmah Isu Permata Dimakbulkan Tun Dr Mahathir


Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor agar PERMATA dikekalkan mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, program itu tidak lagi akan diletakkan di bawah perdana menteri dan sebaliknya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

"Program PERMATA akan dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Rosmah yang merupakan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan program PERMATA pada 2006.

Dalam sebuah wawancara, Rosmah merayu agar kerajaan baru mengekalkan program berkenaan selepas suaminya yang juga bekas pengerusi BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu.

Najib kini sedang disiasat berhubung skandal 1MDB.

Ketika di bawah pentadbiran BN, PERMATA dikritik berhubung perbelanjaan RM30 juta setahun.

Rosmah turut dikecam ketika mengetuai delegasi PERMATA ke Oxford pada Mei tahun lalu. Rosmah bagaimanapun menegaskan lawatan itu bukanlah percutian.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pembubaran Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Turut dibubarkan adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Putrajaya.

Kata Dr Mahathir, institusi yang diwujudkan pentabiran kerajaan terdahulu akan dikaji semula.

"Kebanyakan institusi ini bukan sebahagian daripada kerajaan dan sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan, jadi semuanya akan dibubarkan," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, kerajaan Pakatan Harapan akan meneliti bagi memastikan institusi mana yang akan dikekalkan atau ditangguhkan.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut