Skip to main content

Polis Akan Minta Imigresen Senarai Hitam Nama Jamal.


Polis mahu meletakkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam senarai hitam imigresen di tengah-tengah desas-desus beliau meninggalkan negara ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat dipetik New Straits Times sebagai berkata pihak polis sedang berusaha untuk menyenarai-hitamkan Jamal daripada perjalanan ke luar negara.

Hal ini diumumkan ketika Sin Chew Daily melaporkan Jamal telah pergi ke Indonesia.

Bagaimanapun, laporan itu menyebut Fadzil enggan mengesahkan desas-desus tersebut tetapi menegaskan pihak polis melakukan yang terbaik untuk mengesan Jamal.

Sebelum ini Jamal dikatakan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya selepas menghilangkan diri pada 25 Mac lalu.

Menurut laporan Malaysiakini, dalam satu rakaman audio kepada media hari ini, beliau berkata akan ke IPD Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Semalam Jamal dikatakan menghina sistem keadilan, kata jawatankuasa undang-undang jenayah Badan Peguam Malaysia, Baljit Singh Sidhu hari ini.

"Ia adalah penyalahgunaan prosedur jenayah dan ikat jaminnya harus dibatalkan.

"Ia merupakan penghinaan terhadap prosedur jenayah apabila seseorang yang dibenarkan diikat jamin secara tiba-tiba melarikan diri dan kemudian mahu menyerah semula (kepada polis)," katanya kepada Malaysiakini.

Jamal minggu lalu menghilangkan diri dari bilik wad Hospital Pakar Ampang Puteri selepas didakwa di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan di hospital berkenaan.

Dia dituduh melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak, di bangunan SUK Selangor tahun lalu.

Jamal kemudian muncul semula dan menafikan melarikan diri daripada tahanan polis, sebaliknya dia mendakwa telah pergi ke bangunan Lembaga Tabung Haji untuk mengeluarkan wang bagi ikat jamin.

Terdahulu, Jamal berjanji akan hadir di ibu pejabat polis daerah Ampang selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor semalam memintanya menyerah diri.

Selasa lalu, Jamal turut ditahan di hospital sama bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960 selepas terdapat laporan terhadapnya yang dikatakan senjaga mempamerkan senjata apinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor pada 12 Mei lalu berkata, laporan polis dibuat berhubung gambar tular yang memaparkan seorang lelakan mirip Jamal dengan gambar tersisip di pinggang.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan daripada gambar berkenaan sama ada ia senjata betul atau palsu. 

Sebelum ini berjanji untuk hadir ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang, Bagaimanapun, beliau gagal hadir seperti dijanjikan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...