Skip to main content

Pemansuhan Tol, Keputusan Minggu Hadapan


KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung pemansuhan kutipan tol akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan.

Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, berkata perkara berkenaan masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan segera seperti yang disenaraikan dalam manifesto kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Ketika ini, ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.

"Keputusan dijangka akan diterima dalam masa terdekat kerana mereka perlu membawanya kepada ahli majlis minggu depan.

"Di pihak kerajaan dan ahli majlis, kami komited untuk mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaan rakyat negara ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara, hari ini.

Menurut Zeti, pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia itu akan diumumkan sendiri oleh ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Sementara itu, mesyuarat yang bermula jam 10.30 pagi itu berakhir kira-kira jam 4.30 petang dengan pelbagai isu dibincangkan berkaitan sektor perumahan dan tol.

Turut hadir , Ahli Majlis Penasihat Kerajaan lain iaitu bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; ahli ekonomi, Jomo Kwame Sundaram; wakil Tan Sri Robert Kuok , Tan Sri Oh Siew Nam serta Daim.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar.

Sementara itu Shahril berkata, syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham ketika ini masih dalam perbincangan.

"Ia (pemansuhan kutipan tol) membabitkan jumlah pelaburan yang besar," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut