Skip to main content

Najib Tegur Khairy Jamaluddin. Kenapa Sekarang Baru Nak Bersuara?


Datuk Seri Najib Razak berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sepatutnya bersuara lebih awal, jika masing-masing merasakan ada masalah dalam kepemimpinan, ketika beliau mengetuai negara dan parti.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN itu, mendakwa selama ini beliau mengamalkan sikap terbuka dengan semua pihak bebas bersuara dalam memberi ulasan dan pandangan, meskipun ia mungkin berbeza dengannya.

"Saya agak terbuka mengenai perkara ini, cuma saya mahu ia dilakukan secara tertutup, kerana kita tidak sepatutnya menyerang sesama sendiri sebagai anggota dalam kerajaan," katanya.

Najib yang mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), berkata malah sebagai ahli parti, mereka masih mempunyai kebebasan menyuarakan rasa tidak puas hati atau perbezaan pandangan terbabit mesti menggunakan kaedah atau saluran yang sewajarnya.

"Hakikatnya, Khairy boleh datang berjumpa saya dan memberitahu, kita tidak berada di landasan yang betul atau berdepan masalah yang tidak ditangani sewajarnya.

"Dari situ, saya boleh buat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya. Namun itu tidak berlaku, beliau (Khairy) sendiri mengakui tidak berbuat demikian," katanya dalam temubual eksklusif kepada portal malaymail.com semalam.

Najib menyuarakan pandangan itu ketika mengulas kekalahan memalukan UMNO dan BN di bawah kepemimpinannya, sedangkan parti itu tidak pernah kalah dalam PRU sepanjang mentadbir negara sejak merdeka.

Perdana Menteri keenam itu mendakwa, beliau tidak pernah memaksa ahli BN mengikut kehendaknya, sebaliknya menekankan keperluan mematuhi disiplin parti.

"Sekiranya anda menyerang kepemimpinan secara terbuka, itu bertentangan dengan disiplin parti, tetapi sekiranya awak datang bersemuka sambil memberitahu tidak bersetuju dengan saya, itu tidak salah. Saya rasa ia sepatutnya dilakukan sedemikian," katanya.

Meskipun Najib tidak menamakan mana-mana individu, namun ungkapan itu seakan-akan merujuk kepada bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kedua-dua pemimpin terbabit lantang mempertikaikan tindakan Najib dalam menguruskan isu syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), secara terbuka dan akhirnya kedua-dua mereka dipecat daripada jawatan dalam kerajaan BN dan UMNO.

Muhyiddin dan Shafie kemudiannya menubuhkan parti masing-masing, sebelum bergabung dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pembangkang terdiri daripada DAP, PKR serta AMANAH, menumbangkan BN dalam PRU-14.

Bagaimanapun, ketika merujuk kepada Khairy, Najib berkata, pemimpin Pemuda UMNO itu sepatutnya sedar yang beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang berbeza pendapat.

"Saya hanya mengutamakan disiplin parti. Mereka yang diambil tindakan selama ini adalah disebabkan kesalahan melanggar disiplin parti," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut