Lapan Lagi Peti Besi Lama Akan Dibuka.


Dua tukang kunci yang berjaya membuka peti besi lama di kediaman bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta, Jalan Duta di sini kini ditugaskan untuk membuka lapan lagi peti besi.

Difahamkan kelapan-lapan peti besi berkenaan kini berada di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.


Menurut sumber, dua tukang kunci berkenaan mula ditugaskan membuka peti besi berkenaan sejak pagi tadi namun sehingga tengah hari, difahamkan hanya satu sahaja peti berjaya dibuka.

“Operasi masih berjalan sehingga kini dan belum selesai.

"Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya ketika dihubungi. - Sinar Harian