Skip to main content

Kim Jong Un Tiba Di Singapura Untuk Bertemu Donald Trump


Ketua Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Singapura semalam, sekali gus memberi petunjuk bahawa sidang kemuncak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang kerap kali dibatalkan sebelum ini akan berjalan seperti dirancang.

Stesen televisyen Jepun, NHK melaporkan, Ketua Pegawai Jong Un, Kim Chang terbang ke Singapura melalui Beijing malam tadi.

Pada masa sama, sekumpulan pegawai kerajaan AS termasuk timbalan ketua pegawai operasi Rumah Putih, Joe Hagin berlepas dari Pangkalan Udara AS Yokota di Jepun, semalam.

Menurut Rumah Putih, kumpulan  pegawai berkenaan berada di Singapura untuk mengadakan pertemuan bersama delegasi dari Korea Utara.

Laporan itu memberi petunjuk bahawa perancangan untuk sidang bersejarah itu yang pada mulanya dijadualkan pada 12 Jun akan berlangsung semula, selepas dibatalkan Trump minggu lalu.

Sehari selepas itu, Trump berkata beliau akan menimbang semula dan pegawai dari kedua-dua negara akan bermesyuarat untuk berbincang mengenai acara itu.

Terdahulu, Jong Un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in mengadakan pertemuan mengejut di perkampungan sempadan di Panmunjom dan bersetuju bahawa sidang antara Korea Utara dan AS perlu diteruskan.

Jae-in turut tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan lebih banyak pertemuan tidak dirancang antara kedua-dua pemimpin Semenanjung Korea itu sebelum sidang terbabit diadakan.

Sebelum ini Trump memaklumkan kepada pemerintah Korea Utara, Kim Jong-un bahawa beliau membatalkan persidangan nuklear mereka di Singapura yang dijadual itu.

Beliau antara lain menyalahkan sikap ‘marah’ dan ‘permusuhan’ daripada rejim Korea Utara sebagai punca kegagalan detik bersejarah itu.

Trump dan Jong-un dijadual mengadakan perbincangan pe­ringkat tertinggi pada 12 Jun ini dalam matlamat melucutkan senjata nuklear, namun pertemuan itu menjadi tidak menentu apabila kedua-dua pihak saling tuduh-menuduh dan membuat ancaman.

Surat Trump kepada Jong-un dikeluarkan sehari selepas Korea Utara menyerang peribadi Naib Presiden AS, Mike Pence sebagai ‘bodoh’ dan ‘jahil’.

“Malangnya, berdasarkan kemarahan besar dan permusuhan terbuka yang ditonjolkan dalam kenyataan terbaharu anda, saya rasa tidak sesuai pada masa ini untuk mengadakan perbinca­ngan jangka panjang ini,” kata Trump dalam surat yang didedahkan oleh White House kepada media.

“Sehubungan itu, surat ini adalah bagi mewakili persida­ngan di Singapura untuk kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Tetapi untuk sebarang tindakan yang boleh menjejaskan dunia, tidak sesekali akan berlaku,” katanya.

Trump dalam surat ber­kenaan turut memberi amaran mengenai kekuatan nuklear AS dengan menulis: “Anda bercakap tentang keupayaan nuklear anda, tetapi kami sangat kuat dan berkuasa. Saya berdoa kepada tuhan agar mereka tidak menggunakannya.”

Presiden AS itu mengakhiri surat berkenaan dengan menyatakan bahawa pintu masih terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Jong-un.

Beliau bagaimanapun menekankan bahawa “sangat berharap untuk berada pada pertemuan itu.”

“Kami sangat menghargai masa, kesabaran dan usaha anda bagi rundingan dan perbincangan dalam menjayakan persidangan itu.

“Jika anda menukar fikiran untuk mengadakannya dengan satu persidangan penting, sila hubungi saya atau melalui surat,” kata Trump.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut