Skip to main content

Kes Polis 53 Biji Eramin Dalam Beg Tangan Uqasha Senrose, Polis Tunggu Laporan Patalogi.


Kes Uqasha Senrose yang kantoi 53 biji pil Eramin dalam beg tangan pelakon itu masih disiasat polis, Menurut laporan Sinar Harian polis Kuala Lumpur masih menunggu laporan kimia dari Jabatan Patalogi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, berhubung puluhan pil yang ditemui dalam beg tangan pelakon, Uqasha Senrose yang ditahan di Taman Tun Dr Ismail, dekat sini, 6 Mei lalu.

Siasatan iu bertujuan bagi mengesahkan pil tersebut sama ada ia adalah eramin 5 atau sebaliknya. "Kertas siasatan sudah pun dilengkapkan, cuma keputusan kimia sahaja belum selesai.

"Kita masih tunggu laporan akhir dari Jabatan Patologi sebelum keputusan tindakan sama ada boleh dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya," katanya selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Cheras, di sini, hari ini.

Dalam majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Kamal Khan Mohd Shariff akan memangku jawatan Ketua Polis Daerah Cheras menggantikan Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji yang bertukar ke Komander Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Cheras.

Terdahulu, Uqasha ditahan selepas polis menemui 53 biji pil eramin 5 bernilai RM660 di dalam beg tangan miliknya.

Difahamkan, dadah itu ditemui selepas pelakon berusia 25 tahun itu dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, jam 11.45 pagi.

Ujian air kencing Uqasha bagaimanapun adalah negatif sebelum dia dibebaskan dengan jaminan polis. Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kemalangan pada pukul 11.45 pagi itu berlaku ketika pelakon wanita itu memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Range Rover seorang diri telah melanggar kenderaan Honda BRV dipandu seorang lelaki.

Satu sumber berkata, selepas kemalangan itu, Uqasha Senrose telah dibawa ke balai polis TTDI untuk siasatan.

“Semasa pemeriksaan ke atas pelakon itu, polis menemui enam keping aluminium foil berwarna merah yang kesemua mempunyai 53 biji dadah disyaki jenis eramin 5. Dadah tersebut ditemui dalam beg berjenama mewah selebriti itu.

Menurut Mazlan, ujian air kencing yang dijalankan terhadap pelakon wanita itu mendapati ia negatif dadah dan artis tersebut kemudian dilepaskan selepas keterangannya direkodkan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...