Skip to main content

Kes 1MDB Zahid Hamidi Akan Turut Disiasat.


Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini mengumumkan pasukan petugas dibentuk untuk menyiasat skandal 1MDB. 

Antara lain, pasukan itu mengheret pesalah berkaitan jika siasatan mendapati terdapat unsur-unsur jenayah, serta mendapatkan kembali dana itu. 

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sering mendakwa RM2.6 bilion dalam akaun pendahulunya Datuk Seri Najib Razak berpunca daripada 1MDB. 

Siasatan antarabangsa, termasuk Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam saman pelucuthakan aset-aset berkaitan 1MDB, juga selari dengan pendirian itu. 

Najib berulang kali berkata ia adalah derma dan tidak pernah disalahguna untuk tujuan peribadi. 

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga mengesahkan perkara itu tetapi Mahathir menuduhnya menyembunyikan bukti. Apandi menafikannya. 

Kini pasukan petugas bawah Apandi itu diaktifkan kembali. Ia mungkin menyaksikan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang dipanggil memberi keterangan. 

Pada 22 April 2015, Zahid memberitahu Umno bahagian Sri Gading, Johor, bahawa beliau telah bertemu dengan anggota keluarga diraja Arab yang dikatakan memberikan derma kepada Najib. 

Zahid tidak menyebutkan namanya. Dilaporkan juga secara meluas bahawa wang itu didermakan susulan komitmen Malaysia melawan keganasan dan kerana menjadi sebuah negara Islam yang sederhana. 

Zahid berkata, keluarga diraja itu terpegun dengan cara Malaysia mempertahankan kedudukan itu tanpa menyinggung agama-agama lain. 

“Itu antara jawatan diberikan pada saya bila saya tanya mengapa derma itu diberikan. Mereka juga beritahu saya Malaysia bukan satu-satunya yang diderma oleh mereka. 

“Mereka juga bantu negara-negara Islam lain,” katanya. Selain itu, Zahid, kini pemangku presiden Umno, mendakwa bertemu dengan pegawai pelaburan keluarga diraja Arab itu. 

Menurut beliau, pegawai itu menjejaskan bahawa AS$100 juta pertama diberikan melalui cek atas nama Najib dan selebihnya melalui saluran lain. 

“Saya lihat dokumen itu sendiri – dokumen asal, bukan fotostat, saya saya juga lihat aliran wang,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...