Skip to main content

Kena Gigit Ular, Wanita ini Ditanam Menggunakan Najis Lembu Hidup-hidup.Namun Ini Yang Terjadi..


INDIA-Seorang wanita di India bernama Devendri telah digigit oleh ular di tangannya.Selepas digigit ular, wanita ini dikebumikan hidup dengan kotoran lembu, hasilnya mengejutkan.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Bulandshahr, Uttar Pradesh, India Utara.Pada mulanya Devendri mencari kayu api dan seekor ular yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian bertindak mematuknya.

Devendri kemudian pulang ke rumah dan memberitahu suaminya, Mukesh mengenai kejadian itu.

Tidak lama kemudian mereka meletakkan beberapa ubat serbuk yang ditaburkan pada luka bekas gigitan ular dan mengikat lengan Devendri menggunakan tali.Tetapi cara itu tidak mendatangkan hasil.

Akhirnya, pasangan itu bersetuju untuk memanggil seorang pakar perubatan ular bernama Murarey.

Menurut laporan dari Dailymail,Murarey mencadangkan rawatan pelik yang mungkin akan menghisap biasa ular dari badan Devendri.

Ia dikatakan pelik kerana rawatan itu memerlukan seseorang yang terkena gigitan ular dikebumikan dengan tahi lembu.

Mukesh dan Devendri bersetuju, dengan harapan bahawa bisa ular di badan Devendri akan diserap oleh kotoran lembu tersebut.

Penduduk kampung berkumpul dan menyaksikan Mukesh menanam Devendri dengan tahi lembu.

Manakala,Si dukun ular duduk di sebelahnya sambil membuat jampi mantra.

Selepas 75 minit, bukan biasa ular yang disedut, tetapi nyawa Devendri juga melayang kerana ditahan hidup-hidup dengan tahi lembu.


"Kami menanamn mayatnya dengan tahi lembu selama 75 minit, saya tidak terfikir ia akan berlaku, saya rasa dia akan selamat," kata Mukesh, suami Devendri.

Dukun ular itu menambah, "Saya dikenali di daerah ini untuk merawat gigitan haiwan berbisa, lebih-lebih lagi,ular.".

Suaminya percaya bahawa, isterinya mati bukan kerana gigitan ular tetapi kerana kaedah rawatan yang aneh.


Namun, dukun masih tetap 'degil' dengan menegaskan bahwa  wanita itu meninggal dunia kerana bisa ular sudah merebak di dalam tubuhnya dan dia yakin yang menggigit adalah jenis ular tedung paling berbisa.


Saat ini Mukesh perlu  membesarkan anak-anaknya yang masih kecil seorang diri tanpa isterinya.

Kaedah menanam mangsa dengan menggunakan tahi lembu yang dipercayai oleh orang-orang di kampung ini sebagai contoh kepercayaan dan amalan perubatan tradisional di pedalaman India.

Sumber-Dailymail.Editor-Noah

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...