Skip to main content

Elfira Sudah Ada Pengganti Baru?



Sebelum ini dirinya dilanda dengan pelbagai kontroversi.Paling panas sekali adalah isu mengenai kisah putus tunang bersama dengan Sufian Suhaimi.Isu tersebut masih lagi segar dalam ingatan para netizen.

Mana tidaknya,perkara tersebut berlaku kurang daripada sebulan dari tarikh perkahwinan mereka.Selepas kejadian itu pelbagai isu panas mula timbul. 

Sebelum ini Elfira Loy juga pernah di gosipkan bersama seorang lelaki yang merupakan usahawan berjaya. 

Kini sekali lagi dirinya terpalit dengan kontroversi hangat iaitu beliau dikatakan mesra bersama dengan seorang lelaki dikenali sebagai Nabil Aqil iaitu finalis Hero Remaja 2017.Nabil juga pernah muncul dalam drama Mr Grey. 

Di dalam laman Instagramnya, Nabil dikatakan tidak segan untuk mengakui sedang hangat bercinta bersama Elfira dengan memuat naik gambar mereka berdua dan menulis kepsyen seakan-akan memperlihatkan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Lebih kuat lagi menyatakan mereka sedang dilamun cinta adalah,apabila Nabil membalas komen yang telah diberikan oleh Elfira di laman Instagram dengan menggunakan perkataan 'sayang'.

 Semasa isu hangat ini sedang heboh diperkatakan di media sosial, Sufian Suhaimi juga dikatakan telah memuat naik satu status yang menyatakan 'Cheap publicity for cheap people" di akaun Twitter peribadainya.Ada juga netizen yang menyatakan Tweet itu adalah untuk di tujukan kepada mereka berdua.

Jelas ternyata status tersebut berbaur sindiran kepada seseorang namun untuk siapa dan ditujukan kepada siapa hanya Sufian sahaja yang mengetahuinya.

Dari apa yang boleh dilihat,Elfiran dan Nabil dikatakan mula rapat sekitar bulan April lalu dan mereka berdua dikatakan bakal muncul dalam sebuah  telefilem raya bersama.

Sejauh mana percintaan mereka atau ianya hanya sekadar gimik,kita hanya serahkan kepada merek sahaja untuk menjelaskan perkara ini.Sumber:kidkylo.Editor-Sofia


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut