Skip to main content

Baru Seminggu Jadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Dah Cuci Pentadbiran.


Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pantas melaksanakan langkah pembersihan sejak menerajui Pakatan Harapan (Harapan) sejurus menang PRU14 pada 9 Mei lalu dan satu perkara yang pasti ialah beliau tidak akan menyembunyikan apa-apa salah laku dalam pentadbiran yang lalu.

Tanpa melenggahkan masa, beliau mengambil langkah membetulkan apa yang dianggapnya kepincangan dalam negara, mengadakan sidang media hampir setiap hari yang menceriakan media yang mengambil peluang untuk bertanya apa-apa soalan kepada tokoh yang berjaya memecahkan tembok kekebalan BN.

Tidak dapat dinafikan Dr Mahathir, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mei, mempunyai banyak tugas berat.

Yang pertama ialah membentuk kabinet yang terbukti lebih rumit daripada yang dijangkakan bagi pengerusi Harapan itu. Harapan terdiri daripada empat parti iaitu PKR, Bersatu, DAP dan Amanah.

Dr Mahathir menamakan presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan; Pesiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri.

Di samping itu, Dr Mahathir mengumumkan beliau akan memegang portfolio Menteri Pelajaran sementara Wan Azizah Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan. Beliau dijangka menamakan menteri lain dalam masa terdekat.

Seterusnya, beliau menyasarkan langkah pembersihan kepada pegawai tertinggi kerajaan yang didakwa terlibat dalam isu yang berlaku sebelum pilihan raya umum seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah diarah bercuti sementara Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad meletakkan jawatan dan melaporkan diri bertugas di Jabatan Peguam Negara.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah ditukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam dan kontrak perkhidmatannya dipendekkan.

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang namanya disebut-sebut dalam skandal 1MDB, dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, disekat daripada meninggalkan negara oleh Jabatan Imigresen.

Polis membuat serbuan ke kediaman peribadi Najib di Kuala Lumpur semasa menjalankanh siasatan. Najib dan 1MDB menafikan sebarang salah laku. Dr Mahathir berikrar untuk mendapatkan kembali berbilion-bilion dolar yang dikatakan dilesapkan dari 1MDB.

Dalam perkembangan lain, Dr mahathir mengarahkan status rahsia laporan audit 1MDB digugurkan pada Selasa, yang bakal mendedahkan pelbagai kepincangan dan salah laku tentang bagaimana dana pelaburan strategik itu diuruskan.

Harapan diterajui Dr Mahathir memenangi pilihan raya umum itu yang menyaksikan pertandingan paling banyak penjuru dengan memecahkan monopoli kerajaan BN yang telah memerintah negara selama 61 tahun.

Berikutan kekalahan teruk BN, Najib meletakkan jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN tiga hari selepas pilihan raya.

Seperti dijanjikan, Harapan menunaikan janjinya dengan pengumuman oleh Kementerian Kewangan bahawa GST diturunkan pada kadar sifar, berkuatkuasa 1 Jun.

Satu lagi perkembangan yang signifikan sejak tujuh hari lalu ialah penubuhan Majlis Penasihat untuk menasihati kerajaan berhubung hal ehwal ekonomi dan kewangan negara semasa tempoh peralihan.

Pasukan itu, mempunyai tempoh hayat 100 hari, diketuai bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dan dianggotai bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; taikun perniagaan, Robert Kuok dan pakar ekonomi, Dr Jomo Kwame Sundaram.

Majlis itu kemudian mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pembaharuan Institusi terdiri daripada lima anggota.

Mereka ialah bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk KC Vohrah; Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Datuk Mah Weng Kwai; Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan, Brig-Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji; Pensyarah undang-undang dan pemegang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, Prof Emiritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi dan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan, Datuk S. Ambiga.

Satu lagi perkembangan ditunggu-tunggu ialah apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan semalam selepas Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada beliau.

Anwar menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas pembebasannya dan juga mengucapkan terima kasih kepada Dr Mahathir kerana mempercepatkan pembebasannya. Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun selepas disabitkan kesalahan liwat. Beliau sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...