Skip to main content

5 Gambar: Mat Sabu Lapor Diri Hari Pertama Di MINDEF.


KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mengakui beliau gementar dan masih menyesuaikan diri untuk menguruskan kementerian di bawah kepimpinan kerajaan baharu.

Katanya, beliau sudah biasa hidup bersama rakyat namun kini terdapat protokol dan peraturan yang perlu dipatuhi demi menjaga kepentingan semua pihak.

"Tak ada perubahan besar, cuma sekarang bila nak bercakap faktanya perlu dijaga dan perasaan negara-negara jiran juga perlu dilihat kerana saya bukan saja Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) saja, tetapi Menteri Pertahanan.
  

"Saya perlu cermat kerana sebarang percakapan akan dilihat dan dikaji pihak kawan dan juga lawan dalam politik merangkumi dalam serta luar negara.

"Memang kena sesuaikan diri dengan kehidupan baharu tetapi saya takkan ubah stail saya," katanya.

Terdahulu, Mohamad tiba di Wisma Pertahanan pada jam 9.30 pagi bagi memulakan hari pertama selaku Menteri Pertahanan.

Beliau mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama (KKU) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Juniusabdiah Shah Putra Janny.
 

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi serta Panglima Perkhidmatan dan Pegawai Kanan Tentera dan awam Kementerian Pertahanan.

Mengulas lanjut, beliau akan mendengar taklimat dan penerangan merangkumi seluruh cabang pentadbiran dan ketenteraan dalam tempoh minggu pertama.

"Kita akan guna keilmuan yang akan digabungkan dengan ketenteraan untuk menangani sebarang konfrontasi khususnya isu memerangi keganasan.
 

"Berhubung isu-isu lain seperti skandal kapal dan penjualan tanah milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kita akan kaji menerusi siasatan dalaman dan luaran sebelum mengambil sebarang tindakan.

"Saya tidak mahu ambil tindakan berdasarkan khabar angin kerana itu boleh merosakkan imej individu dan jabatan," katanya.

Mohamad, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) dilahirkan pada 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.
 

Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian pada 1995 hingga 1999 dan Kuala Kedah pada 1999 hingga 2004.

Beliau adalah lulusan Teknologi Makanan dan Sains Gunaan dari Institut Teknologi Mara. - Berita Harian Online
 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...