Skip to main content

Kanak-kanak Ini Dipaksa Berkahwin,Lihat Apa Yang Dilakukannya

Siapa sahaja didalam dunia ini yang tidak mahu mendirikan rumah tangga. Setiap manusia pasti pernah mengimpikan perkahwinan mereka.

Selain itu, jika kita berkahwin maka segala makan,minum dan pakai kita akan sentiasa terjaga dengan rapi. Malah,bagi seorang wanita pula ianya seolah ada tempat bergantung dan berlindung.


Kita selalu didedahkan dengan cerita di dalam televison yang memaparkan cerita kahwin paksa. Namun pernahkah anda terfikir jika yang dipakas berkahwin itu adalah seorang kanak-kanak?

Namun, ini yang berlaku kepada seorang remaja yang tinggal di Rajasthan,India. Kisah ini telah di petik daripada portal berita BBC.

Pada 4 November yang lalu ianya bagaikan satu mimpi ngeri bagi seorang gadis yang dikenali sebagi Monika ini yang baru mencecah usia 13 tahun. Kedua ibu dan ayahnya telah bercadang mahu mengahwinkannya dengan seorang lelaki yang tidak dikenali oleh Monika apatah lagi berjumpa dengan lelaki itu.

Tahukah anda bahawa kahwin paksa merupakan satu perkara yang biasa di negara India dan ianya seolah-olah menjadi satu tradisi bagi mereka.

Walau bagaimanapun, undang-undang di negara itu jelas sekali menunjukkan had umur minimum untuk berkahwin adalah 18 tahun bagi perempua,manakala bagi lelaki adalah 21 tahun.

Monika hampir-hampir menjadi mangsa seterusnya namun ianya terbantut kerana Monika tidak cukup umur.Maka, kakaknya yang bernama Rajini yang telah pun cukup umur dipaksa untuk berkahwin atas sebab mereka tiada cukup wang untuk meneruskan kehidupan seharaian.

Ibu bapa Monika bertindak sedemikian kerana jika mengahwinkan mereka berdua secara serentak dapat menjimatkan kos yang akan diguna pakai semasa majlis.

Kedua orang tuanya telah pun merancang segala persiapan mereka dengan meletakkan hanya nama kakaknya yang telah cukup umur namun majlis itu teteap akan mengahwinkan Monika.Ianya bertujuan supaya pihak berkuasa tidak dapat mengesan perkahwinan dibawah umur yang bakal berlangsung.

Helah ini sememangnya selalu diguna pakai oleh masyarakat ini bagi mengaburi mata pihak berkuasa.Monika merupakan seorang anak yang amat patuh dengan perintah ibu dan ayah nya.

Tetapi tidak kali ini, Monika telah bertindak untuk merosakkan perkahwinan yang bakal berlansung supaya dia tidak jadi berkahwin.

Pada pagi majlis perkahwinannya,Monika telag menghubungi talian perlindungan kanak-kanak nasional pihak berkuasa dan menyatakan bahawa disini bakal berlangsung perkahwinan di bawah umur.

Sebaik sahaja menerima laporan itu, pihak berkuasa tiba dilokasi perumahan Monika.Ibu bapa Monika tidak menghiraukan kedatangan pihak berkuasa. Namun ibu bapa Monika cuba mengahwinkan Monika di tempat yang berlainan.

Tetapi,ianya sempat dihalang oleh pihak berkuas. Bapanya Ganesh boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya dia masih mahu meneruskan perkahwinan itu juga.

Ibunya,Sita bangga dengan tindakkan anak nya itu yang mempertahankan diri supaya tidak dikahwinkan pada usia yang muda.

Anak kecil ini sebenarnya bercita-cita mahu belajar lebih tinggi dan dapat menjadi seorang guru apabila dia dewasa kelak meskipun pendidikan di kalangan wanita hanya dipandang sebelah mata sahaja Monika mahu membuktikan bahawa dia mampu melalukan nya.

Laporan daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), perkahwinan bawah umur adalah satu kes jenayah iaitu pencabulan hak asasi manusia.

Tindakan Monika telah membuka mata seluruh dunia dalam mempertabatkan hak kanak-kanak di negara itu.Editor : Bella

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...