Skip to main content

Jejaka Impian Jadi Beban! Terpedaya Janji Alam Maya.


Seorang ibu Wilfa Soto Peguero yang berhempas pulas tulang empat kerat membesarkan anak-anaknya menganggap kesempitan hidupnya bakal berakhir selepas bertemu dengan seorang lelaki yang di kenalinya melalui alam maya.

Selepas enam bulan berchating, Thomas, 46, memberitahu bahawa dia mahu berjumpa dan mengenalinya lebih rapat, serta menyatakan untuk membantu dia membesarkan anak-anaknnya, bersama.

Hubungan mereka berjalan dengan baik, jadi apabila Thomas mahu datang berjumpa dengannya dan membantu membesarkan anak-anaknya, Peguero berasa teruja.

Peguero meminta lelaki itu menghantar wang kepadanya, bagi membolehkan dia dapat menjemputnya di lapangan terbang, tetapi permintaan itu tidak ditunaikan.

Thomas hanya memberitahu bila dia akan tiba, tetapi Peguero tidak mahu membiarkan Thomas ke seorangan, jadi dia meminjam wang dan pergi berjumpa Thomas.

Wanita ini menjadi lebih curiga terhadap teman lelakinya itu selepas melihat tiket kapal terbangnya yang menunjukkan perjalanan sehala.

Dia kemudian menyedari bahawa lelaki itu juga tidak mempunyai wang dan dia yang perlu menyaranya, bukan seperti yang diharapkannya sebelum ini.

Peguero bagaimanapun terpaksa membawa lelaki itu ke rumah sewanya, lestari menjelaskan kepada Thomas bahawa membesarkan empat orang anak sudah cukup susah dan dia tidak mampu untuk menjaga Thomas.

Thomas hanya menatapnya seperti tidak faham sepatah pun yang diucapkan oleh dia.

"Saya telah menerangkan kepadanya pelbagai cara, jika saya ada rumah sendiri saya akan biarkan dia tinggal bersama saya, tetapi saya tiada rumah," kata lestari kepada wartawan.

Selepas percubaannya untuk bercinta di internet gagal dan tular di media sosial, Peguero di wawancara viral cinta alam mayanya yang gagal.

Setelah lebih dari sebulan menyediakan makanan dan tempat tinggal untuk Thomas, Peguero meminta bantuan di media sosial tentang tetamu yang tidak diingini itu dan meminta bantuan untuk dia dihantar pulang ke negaranya.

Peguero berkata, lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan, hidup susah dan 'jejaka impian' yang ditemui dalam talian akhirnya menjadi satu beban yang besar dalam hidup dia.

“Thomas hanya menghabiskan masanya di sekitar rumah, bermain dengan anak-anak dan berjalan mengelilingi kawasan kejiranan.

"Saya membuat video ini untuk menyampaikan kepada orang muda dan wanita, supaya mereka belajar daripada kejadian ini dan tidak cuba mencari cinta dalam talian atau alam maya".

"Itulah kesilapan saya, dan saya tidak akan melakukannya lagi, saya tidak sampai hati untuk tidak memberikannya makanan walaupun dia tidak memberi saya wang, tetapi saya tidak dapat menjaganya,” katanya di dalam video tersebut.

Video itu tersebar dengan cepat di media sosial dan mendapat perhatian stesen berita.

Peguero mengaku berasa terhina kerana ditertawakan ramai orang tetapi dia juga melihatnya sebagai peluang untuk merayu kepada pihak berkuasa untuk membantunya.

Ketika itu Thomas telah tinggal bersamanya selama sebulan dan dia sudah terlalu banyak berhutang.

Baru-baru ini, Peguero menuduh Thomas melakukan keganasan dan dia ditahan polis dan diarahkan menjalani pemeriksaan perubatan di sebuah hospital.

Seorang hakim juga memutuskan bahawa dia harus di hantar pulang ke negara asalnya, Britain, selepas ujian perubatan – Editor : Atila Atasha

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut