Skip to main content

Sharnaaz Ahmad Dikecam Netizen,Gara-gara Kritik Kevin Zahri Hadir Forum Politik


Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad adalah seorang pelakon lelaki yang popular di Malaysia. Sharnaaz mula menceburi bidang lakonan pada tahun 2009 menerusi watak dalam drama bersiri Tari Tirana sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010.

Beliau juga cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan pernah dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya.

Kita sendiri telah pun sedia maklum bahawa Sharnaaz sememang nya seorang artis yang mudah meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui laman Twitter peribadinya.

Kecoh di laman Twitter mengenai Sharnaaz dikatakan telah mengecam jurulatih kecergasan iaitu Kevin Zahri semasa Kevin menjadi ahli panel di dalam forum berkenaan.

Forum berkenaan yang bertajuk “Apakah Tun M Terlalu Tua Untuk Menjadi PM?” telah mengundang Kevin Zahri untuk memberikan komen mengenai isu tersebut. Mungkin disebabkan Sharnaaz tidak mengikuti forum berkenaan ,beliau lantas menyuarakan pendapatnya di laman Twitter yang berbunyi “ Tu bukan Kevin Zahri ka? Hg cikgu fitness kan.. yg dok masuk politik pasai pa?Dari protein shake ke parlimen ka? Dude just do what u do best leave politics bro”.

Kebanyakkan netizen turut menghentam Sharnaaz di laman Twitter kerana berpendapat Sharnaaz hanya tahu mengkritik orang sahaja tanpa menghiraukan apa yang pernah berlaku kepada adik ipar yang dahulu.

Ada juga netizen yang menyatakan supaya beliau menonton dahulu fourm berkenaan sebelum memberikan apa-apa pendapat. Hanya disebabkan gambar tersebut yang meperlihatkan seolah-olah Kevin menyertai ahli-ahli politik, Sharnaaz terus mengkritiknya. Editir: Ila Hakimi








Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut