Skip to main content

Remaja Maut Selepas Bersalin Di Dalam Masjid


INDONESIA: Seorang remaja perempuan dipercayai telah meninggal dunia di dalam Masjid Nurul Hidayah di Kampung Rawa Aren, Jawa Barat, Indonesia, semalam.

Remaja terbabit yang dipercayai berusia 18 tahun itu meninggal selepas selesai bersalin di lantai masjid dan dipercayai tidak mempunyai suami.

Menurut seorang saksi yang turut berada di tempat kejadian, remaja terbabit dikatakan datang bersama seorang lelaki yang kemudiannya memberitahu pihak masjid bahawa mereka berdua mahu menumpang buat sementara waktu di masjid berkenaan.

Namun, remaja lelaki berkenaan mengakui bahawa dia langsung tidak mengetahui mengenai kehamilan mangsa malahan dia menyatakan bahawa dia hanyalah mahu menolong perempuan malang itu sahaja.

“Saya memberi izin kepada mereka selepas mereka meminta izin mahu berehat. Saya juga menyarankan kepada mereka supaya duduk dilantai bawah saja,namun wanita itu berkeras mahu ke lantai di bahagian atas.

Namun, tidak lama selepas itu saksi tersebut menyatakan bahawa dia melihat mereka berdua sedang membungkus sesuatu ke dalam plastic manakala muka remaja perempuan terbabit kelihatan sangat pucat.

“Ketika saya periksa rupanya ada seorang bayi berhampiran remaja itu namun dia tidak sedarkan diri.”

“Saya seterusnya bergegas meminta pertolongan kepada jemaah wanita namun apabila diperiksa, remaja perempuan terbabit sudah meninggal dunia,“ tambahnya lagi.

Bagaimanapun, bayi yang baru lahir itu dipercayai berada dalam keadaan sempurna serta sihat sementara mayat remaja perempuan terbabit di bawa ke hospital bagi mencari waris kepada remaja terbabit. Sumber: E Berita, Editor: Maya


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...