Skip to main content

"Nak Bahagia Boleh Tapi Kena Ingat,Jangan Sesekali Kita Rampas Bahagia Orang Punya"- Datin Red


Datin Syarifah Nor Shafila atau lebih mesra dipanggil Datin Red ini adalah isteri pertama kepada Dato' Red. Kehidupan mereka sama seperti pasangan lain yang berpoligami. Madu kepada Datin Red ,iaitu Adira juga pernah mengejutkan industri tanah air kerana mengambil keputusan menjadi isteri kedua kepada Dato' Red.
Kini Datin Red tampil memberikan keterangan mengenai hidup berpoligami kepada pasangan yang lain. Tulisnya, "nak bahagia boleh tapi kena ingat. Jangan sesekali kita rampas bahagia orang punya. Hari ni mungkin kita bahagia tapi bahagia untuk selama mana? "Karma".


Kebanyakkan netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Datin Red kerana tidak semua yang berpoligami akan hidup bahagia akhirnya. Madu juga memainkan peranan penting  dalam soal ini dan sentiasa bertolak ansur dalam apa jua keadaan yang bakal dihadapi.
Namun, ada juga segelintir daripada kita yang tidak sanggup untuk bermadu,iyalah wanita mana yang sanggup dimadukan. Sebut sahaja soal bermadu sudah pasti si isteri akan menarik muka masam.Berkongsi kasih dan sayang siapa sahaj yang sanggup kan? Ada juga segelintir daripada kita yang mengambil jalan mudah iaitu dengan "bercerai".
Netizen juga kebanyakkan nya bersetuju dengan kenyataan yang ditulis oleh Datin  Red ini. Sebagai seorang wanita kita juga perlu kuat dalam mempertahankan rumah tangga kita daripada bergoyang di kemudian hari.
Ada juga netizen yang menyarankan supaya mereka yang mahu hidup berpoligami ini, bergurukan Datin Red supaya mereka tahu cara untuk menghadapi situasi tersebut dengan lebih matang.Editor: Ila Hakimi











Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...