Skip to main content

Mayat Warga Emas Yang Hampir Reput Berjaya Ditemui.


PASIR PUTEH: Bau busuk yang sering kali mengganggu penduduk akhirnya terjawab apabila mayat seorang warga emas yang telah mereput ditemui di dalam sebuah rumah di Kampung Kedai Menanti, Selising, semalam.

Mayat warga emas terbabit yang dikenali sebagai Mohd. Rusili Che Kob, 59, itu telah berjaya ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 3 petang semalam selepas mereka terhidu bau yang kurang menyenangkan itu.

Anak saudara kepada warga emas terbabit, Mohd. Faris Mat Hassan, 28, berkata, laporan polis telah dibuat sebaik sahaja mereka berjaya menemui mayatnya itu.

Menurut anak saudaranya, mangsa adalah orang kurang upaya (OKU) yang tinggal secara berseorangan di mana dia juga tidak mempunyai tempat tinggal.

“Dia memang tinggal seorang diri, berulang alik antara Gunong, Bachok dan Kampung Kedai Menanti, dia biasa tidur di wakaf atau di rumah terbiar.”

“Dia memang selesa begitu dan tidak gemar tinggal bersama keluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Tengku Anis(HTA) Pasir Puteh.

Bagaimanapun, jenazah warga emas terbabit telah dituntut oleh ahli keluarganya sekitar jam 9.30 malam tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Menanti.

Menurut Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad ketika dihubungi memberitahu bahawa pihaknya telah mengesahkan kejadian ini dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut. Sumber: Utusan Online, Editor: S


Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut