Skip to main content

Mayat Kanak-Kanak 6 Tahun Ditemui Dicampak Di Tandas


MUMBAI: Seorang kanak-kanak dipercayai meninggal dunia selepas dia diculik ketika sedang bermain.

Mayat kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu dipercayai telah ditemui di dalam tandas sebuah stesen keretapi Gujarat.

Kanak-kanak malang itu yang dikenali sebagai Anjali Saroj dikatakan telah diculik ketika dia sedang bermain bersama rakannya di kawasan rumahnya di Mumbai Nalasopara.

Menurut seorang saksi, sebelum kejadian Anjali dikatakan dilihat sedang bermain dengan rakannya sebelum seorang wanita yang berusia 20-an datang memberikan coklat kepada Anjali.

Berdasarkan kenyataan rasmi pihak polis suspek dikatakan telah mengumpan sekumpulan kanak-kanak itu dengan memberikan coklat sebelum membawa Anjali ke stesen keretapi Nalasopara.

Dalam pada itu, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen Nalasopara jelas menunjukkan bahawa wanita itu dilihat telah melarikan Anjali.

Berita mengenai kehilangan Anjali tersebar luas namun beberapa hari selepas itu mayat Anjali dipercayai telah ditemui di stesen Navsari yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada lokasi dia diculik.

Oleh kerana terkejut dengan penemuan itu, ahli keluarga Anjali mendakwa bahawa pihak polis lambat bertindak bagi menyelamatkan mangsa.

Dalam pada masa yang sama, pihak polis setakat ini masih lagi menyiasat punca kes penculikan ini berlaku. Sumber: Astro Awani, Editor: Maya

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut