Skip to main content

Kucing Beri Isyarat Pada Tuannya Ada Ular Tedung Dalam Rumah


SUNGAI PETANI – Kucing merupakan haiwan peeliharaan kesayangan manusia. Sekiranya kita memberi layanan yang baik kepada makhluk ciptaan Allah tersebut pastinya ia akan membalas jasa dan melindungi kita sebagai tuannya. Demikian terjadi kepada pasangan warga emas yang memiliki 3 ekor kucing apabila kucing-kucing tersebut memberi isyarat kepada tuan mereka akan kehadiran ular tedung di kediaman mereka.

Kasim Saad, 73 yang berasal dari Kampung Jerung berkata tiga ekor kucing peliharaannya menunjukkan reaksi yang pelik apabila merenung sesuatu yang berada di bawah almari bahagian dapur rumahnya.

Kasim berkata sebelum menemui ular tersebut dia memarahi haiwan peliharaannya dalam keadaan bergurau sambil bergerak menuju ke bahagian yang ditunjuk oleh kucingnya untuk melihat apa yang berlaku.

Katanya, ketika kucingnya menghendap bawah almari tersebut, dia melihat seperti ada wayar hitam dibawah almari itu kemudian menghulurkan tangannya untuk mengambil, tiba-tiba terdengar bunyi ular lalu menarik kembali tangannya.

Kasim menggunakan lampu dari telefon bimbitnya untuk melihat dengan jelas sebelum melihat seekor ular sedang melingkar di tepi tong gas dapur rumahnya.

Kassim dan isteri segera menghubungi talian 999 untuk mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai APM Kuala Muda, Kapten (PA) Azahar Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik sahaja menerima maklumat.

Ular tedung seberat tujuh kilogram dan sepanjang empat meter berjaya ditangkap oleh anggota AP, dan ular tersebut diletakkan di Rumah Haiwan untuk tindakan lanjut. Sumber:Sinar Harian , Editor:Anna

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...